08 July 2014

Al-Quran Eksklusif


8 Julai 2014.

Perkongsian gambar Al-Quran Eksklusif di FB InaAchik banyak membantu aku mendapatkan senaskah Al-Quran jenis lengkap dengan transliterasi jawi dan terjemahan ayat ini. Kenapa aku bersungguh nak miliki Al-Quran ni? Kalau kita semua perasan, kebanyakan Al-Quran yang dijual di kedai buku lebih kurang sama sahaja isi kandungannya; ayat al-Quran dan terjemahan.

Memang sangat teruja bila tengok ada Al-Quran Eksklusif ini lengkap dengan beberapa ciri-ciri khas iaitu trasliterasi per kata, terjemahan per kata, khat utsman thaha, kod tajwid, terjemahan per ayat, tesaurus asbabun nuzul, panduan hukum tajwid, etika membaca Al-Quran, indeks doa dalam Al-Quran dan banyak lagi.


Harga sebuah Al-Quran Eksklusif bersaiz A4 macam yang aku beli ini adalah sebanyak RM140 senaskhah. Bagi Al-Quran bersaiz lebih kecil iaitu A5 pula berharga RM90. Alhamdulillah, proses membeli Al-Quran ini sangat mudah dan cepat. Aku beli secara dalam talian pada hari Jumaat lepas, semalam (hari Isnin) dah selamat sampai di pejabat.


Kalau ada yang berminat nak beli Al-Quran Eksklusif ni, boleh rujuk maklumat di bawah:


4 comments:

  1. salam...menarik ni ...sambil baca boleh juga cek tajwid sekali kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Madam Mawar....hukum tajwid pun boleh rujuk dalam tu. Jadi tak de la was-was masa baca sama ada betul ke tak cara kita baca...

      Delete
  2. Replies
    1. InshaAllah, banyak manfaat Al-Quran Eksklusif ni. Sebelum beli, Yani dah pergi survey buku ni kat kedai buku mcm MPH dan Popular, tak jumpa pun, tu yang redah je beli secara online.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)