08 July 2014

Kenangan Mak : Buah Pelaga Atau Pekkak

Sumber Gambar : Google

8 Julai 2014.

Tengah cari resepi lauk kurma telur puyuh ubi kentang. Tak pernah masak tapi nak cuba buat untuk menu berbuka petang ni. Baca senarai bahan-bahan nak menumis rempah kurma ada tulis rempah 4 beradik: Bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga (atau pekkak).

 Sumber Gambar : Google

Tiba-tiba teringat rangkap pantun yang arwah mak selalu sebut kalau kita sebut perkataan pekkak tu depan mak...

"Pekkak bunga cengkih, orang pekak kuat berleter"

Haish.....rindu kat mak.

Sekarang segala apa yang terasa nak makan, kena masak sendiri. Dah tak ada lagi sentuhan air tangan mak. Kadang masa buka buku resepi mak, terasa nak menangis sorang-sorang. Setiap kali masak guna resepi mak, tak pernah lagi gagal (tapi yang pastinya tak sesedap air tangan mak).

Al-Fatihah bonda tersayang.

P/s: Ada hikmahnya duduk serumah dengan arwah mak selama 3 tahun 5 bulan, dapat belajar memasak dengan mak. Dapat belajar masak lauk kegemaran mak.

2 comments:

  1. assalam.
    salam kenal.. follower ke 200
    salam ramadhan
    alfatihah buat arwah mak akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga buat Cik Su yang sudi jenguk blog Yani.....inshaAllah, terima kasih atas doa ....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)