16 July 2014

Biskut Raya Pertama Tahun 2014

16 Julai 2014.

Ikutkan tahun 2014 ni, memang aku tak nak buat kuih / biskut raya langsung. Awal-awal aku dah target nak beli je semua, versi tunjuk-tunjuk dan hulur duit. Tapi suami dok bagi hint "tak kan tak buat sejenis dua pun kuih/biskut raya?" kat aku. Hey, rimas ok, rimas!

Ok, fine.
Aku buat tapi ikut suka aku nak buat kuih/biskut raya apa. Janji ada.
Aku google resepi kuih/biskut raya yang palinnnggg simple dan tak banyak pakai bahan.
Ciri-ciri pemalas kan?
Jumpa plak resepi Biskut Popia Bersalut Nestum ni kat blog orang.
Bahan simple, sap sap soi je siap.

Sebungkus kulit popia tu dapat 1 balang setengah. Malam tadi duduk menggulung dengan suami depan tv. Macam-macam rupa gulungan ada, besar kecil. Lantak ler. Ni kes buat kuih/biskut raya tak sepenuh hati aka paksarela. Hak hak hak....
 
Cadang nak beli lagi sebungkus kulit popia sambung buat malam ni, so nanti dapat penuh 3 balang, cukup! Siap nanti, kena sorok balang ni dari pandangan mata sementara nak tunggu raya, aku bukan takut orang lain buka dan makan, aku takut aku sendiri yang selongkar almari tengah-tengah malam buka tutup balang biskut raya ni. Kang tak sempat jumpa raya, tinggal serdak je.


P/s: Aku tempah kuih tart nenas, biskut arab, kuih ros dan kuih kapit kat x-staf opis. Aku buat biskut popia bersalut nestum. Ingat nak tambah kerepek ubi pedas manis beli kat Family Store. Lengkap ler 6 balang kuih raya aku. Dah...settle bab kuih/biskut raya.

8 comments:

  1. hehehe...yani, i pon x buat kuih raya. x sompek la... banyak nau keje opis ni, so bila sampai umah n weekend memang nak rehat je (read tido! hahahah). Tak banyak pun...i beli 3 jenis je... coz kalo org datang umah pon i slalu akan masak2 jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...Yani memang dah pasang niat tak nak buat biskut bertepung telur bagai kali ni. 1st memang tak pandai buat, 2nd takut sangat kalau biskut batat dan x jadi...rugi woo...dah la harga bahan mentah mahal....ala, kalau org tanya ni kuih beli ke buat sendiri, Yani jawap je, ni beli...hahaha

      Delete
  2. Yani, tahun sebelum2 ni tak buat biskut pun, tahun ni baru buat..tupun yg senang je.. buat satu dua, dh ckup :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani ade tengok resepi biskut tapi rasa macam makan masa nak buat, kang tidur lambat dan terlajak sahur....takut woo....tengok la kalau datang seru nak buat 1 jenis biskut raya sebelum minggu depan....ade la kot..

      Delete
  3. waaa....sedap ni ramai yang buat biskut popia nestum ni ...mudah- cepat dan sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MB, part mudah dan cepat tu yang penting, semalam buat sebalang setengah pun pukul 11.30 baru siap....uiks, tak tahan la nak berjaga sampai tengah malam, dapat tidur sekejap je sebelum bangun sahur.....

      Delete
  4. Replies
    1. Memang sedap Karbie...tapi berkalori tinggi ni....huhuhu!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)