24 June 2014

Keputusan Sampel Tisu Dinding Rahim


24 Jun 2014.

Appointment klinik O&G GH Melaka hari ini. Berat badan tak ada perbezaan ketara, cuma turun beberapa gram je (mujur ler!).

Dipendekkan cerita, masuk jumpa doktor, hasil laparoskopi dua-dua tiub dah ok, sumbatan pun dah tak ada. Doktor cakap sampel tisu dinding rahim yang diambil masa laparoskopi dan dihantar ke makmal ada menunjukkan keputusan tak berapa elok. Hela nafas panjang walaupun dalam dada rasa macam tersekat.


Diagnosis dengan "Simple Endometrial Hyperplasia Without Atypia" tahap 1. Doktor terangkan tahap-tahap bagi hyperplasia; ada 4 tahap iaitu :-

Simple Endometrial Hyperplasia Without Atypia - Tahap 1 (aku!)
Simple Endometrial Hyperplasia With Atypia - Tahap 2
Complex Endometrial Hyperplasia Without Atypia - Tahap 3
Complex Endometrial Hyperplasia With Atypia - Tahap 4

Bukan KANSER tapi kalau tidak dirawat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang, berkemungkinan besar sel-sel tisu dinding rahim boleh bertukar menjadi kanser rahim. Nauzubillah min zalik. Minta dijauhkan, Ya Allah! Punca hyperplasia berkemungkinan besar dari beberapa faktor antaranya obesiti, PCOS, insulin resistance dan kesan period tidak teratur atau berpanjangan. Aku sapu bersih semua faktor tu, jadi tak perlu pertikaikan lagi.

Jadi, doktor sarankan buat rawatan untuk rawat isu hyperplasia aku dulu sebelum teruskan apa-apa rawatan kesuburan. Perlu makan ubat hormon dengan dos tinggi. Bila doktor sebut Provera, aku kata pernah makan dulu. Doktor iyekan, dia kata dulu dos rendah (10mg), sekarang dinaikkan sehingga 20mg untuk bantu menipiskan dinding rahim aku yang sedia ada tebal. Doktor beri Provera untuk dimakan selama 4 bulan setiap hari 2 kali sehari.  


Aku tanya doktor, apa simptom-simptom pada badan kalau aku mula makan ubat hormon berdos tinggi ni? Dia jawap kena bersedia dengan kemungkinan rasa loya nak muntah, water retention dalam badan dan bloated. Period pada dua (2) kitaran pertama pengambilan ubat hormon akan menjadi sedikit dari biasa dan akhirnya menjadi spotting. Selain itu, mungkin tiada period dan tiada ovulasi, yang bermaksud dalam tempoh 4 bulan tiada usaha untuk conceive.   :'(

Doktor nak jumpa lepas dua bulan untuk tengok penerimaan badan aku dengan ubat. Empat (4) bulan dari tarikh hari ini, perlu jumpa doktor untuk ambil sampel tisu dinding rahim untuk tengok sama ada perubahan positif atau tidak. Tak perlu tebuk macam laparoskopi, cukup setakat ambil sampel pakai tiub straw atau macam prosedur pap smear tu.

Status whatsapp dengan adik bongsu, untuk 2nd opinion

Doktor kata selepas makan ubat hormon, ada kemungkinan hyperplasia untuk turun dari tahap 1 kepada normal (syukur sangat-sangat), dan juga ada kemungkinan dari tahap 1 menjadi tahap 2 (lebih teruk). Ini semua bergantung kepada cara badan bertindakbalas dengan ubat hormon dan cara aku kawal faktor insulin resistance aku. Kalau tiada perubahan, mungkin rawatan dengan ubat hormon akan dilanjutkan 6 bulan lagi menjadi 10 bulan. Mohon dijauhkan!

Sedih?
Memang aku sedih, memang menangis pun tadi.
Tapi sampai bila nak meratap sedih?

Kena teruskan hidup.
Kena berusaha lawan penyakit.
Allah SWT ada, Dia tempat aku mencurahkan segala rintihan.
InshaAllah Dia Maha Mendengar.

Untuk rekod : Dah mula makan Provera 20mg malam ni (24 Jun 2014).

57 comments:

  1. Ya Allah..memang sedih bila tau ada sakit,tapi at least boleh usahakan berubat daripada tak tau langsung kan..mudah2an Allah sembuhkan sakit Yani..Ameen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Kak Nuriz...betul tu, mula-mula sedih tu rasa macam terbeban. Lepas dah calm down sikit, pujuk hati..ini baru stage 1...bukan stage 4 (paling kritikal) pun, maksudnya Allah masih beri peluang untuk dirawat sakit ini. Kenapa nak sedih?

      Delete
    2. Salam. Mcm mn status hyperplasia akak skrg? Dh berjaya conceive? Sy pon br je di diagnose hyperplasia 😢

      Delete
    3. @Rara : Status hyperplasia saya dah lama saya tak followup dengan GH sejak tahun 2015/2016. Alhamdulillah tahun 2017 mengandung, bersalin tahun 2018. Skrg anak dah berusia 2 tahun lebih. Rara sekarang hyperplasia stage berapa? Ada buat apa-apa rawatan di mana-mana GH/ private hopsital?

      Delete
    4. Assalamualaikum... Sis... Sy nak tanya.. Lepas ambil sample dinding rahim tu berapa lama tempoh yang di ambil untuk doctor panggil terangkan keadaan sis? Sy pun xreti nak tanya mcm mana.. Tp sy ada ambil sample 7/1/2021.. Kalau ikut date appoiment 23/2/2021 tapi last week hospital call minta datang 9/2/2021.. Serius fikiran saya sentiasa rasa ada yang tak kena.. Tolonglah redakan hati saya... Hari2 menangis...

      Delete
  2. semoga cepat sembuh dear.. be strong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Mrs Z....thanks alot! Kena kuat untuk semua orang.

      Delete
  3. Ya Allah, pelbagai dugaan Yani hadapi..
    InsyaAllah everything gonna be ok.. Yani kuatkan? yes u are :)

    *hugss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sue, inshaAllah....harap semuanya akan boleh dirawat dan terkawal. Kuat tu hanya hadir dan kita dapat rasa bila kita betul-betul diuji.

      Delete
  4. L kagum dengan semangat Yani. L tak tau mcmana kalau L ditempat Yani. L doakan Yani dapat lalui semua ni dan cepat sembuh. Yani tanye doc boleh x amalkan ACV+madu+lemon tiap pagi. Mcmmna lak dgn pengambilan EPO, folic acid masih boleh teruskan ke? Kalau xsilap L dulu kakak L pernah ambil suntikan provera untuk elak mengandung. Tp untuk kes Yani mungkin untuk nipiskan dinding rahim. Kalau xsilap L Dr ghafar doc yg wt iui kt L penah ckp terlalu nipis n terlalu tebal pn xok..time tu lining L pn nipis lpas ambil clomid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy L, Yani takde tanya plak pasal amalan ACV+madu+lemon tiap pagi tu, cuma based experience diri sendiri, ACV tak boleh kawan dengan Yani, berat badan makin naik...tambah-tambah plak ni dah start makan ubat hormon, potensi untuk makin berisi agak tinggi. Cuma amalan minum air lemon setiap hari memang Yani ada buat.

      EPO dan asid folik dalam Surbex Zinc Yani tetap teruskan sebab doktor tak de minta stop apa-apa supplemen.

      Yup betul, dah tanya doktor pasal uterus lining yang tebal. Doktor tak galakkan pregnant dengan keadaan dinding rahim macam tu sebab potensi untuk misscarriage tinggi. Jadi dari ambil risiko, better rawat dulu kemudian proceed dengan fertility treatment. InshaAllah doakan ubat bertindakbalas baik dengan badan Yani ye, L?

      Delete
    2. O yeke yani.. klau L acv ni leh trun n maintainkan berat n buang toksin lam badan. L cuma xleh dgn vit b..slera membuak2. betul tu yani jgn fikir pasal tu n rawat dulu .. kdang2 kita x tau tiba2 ade rezeki time kita tak fikir. sbb kes yani bukan endo..xteruk pn n stage 1. semoga ubat2 tu semua sesuai utk yani n cepat sembuh.tadi L tnye kawan L pasal ni, die doc die ckp cuba kurangkan pengambilan gluten, minum air ckup..n senaman (ikut kemampuan yani sbb yani kan bru lepas laps).

      Delete
    3. InshaAllah L, terima kasih atas nasihat.....say thanks alot pd kawan L tu juga ye? Yani akan cuba cari info berkaitan gluten-free diet untuk fahamkan lebih lanjut....senaman mmg nak sangat2 buat.

      Delete
  5. bertabahlah yani... baru pertama kali dengar hyperplasia ni. Semoga sembuh dari penyakit ni .

    Saya pun tak dapat TTC buat masa terdekat ni, kena suntik lucrin. Tapi tak tahu berapa lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Zarith..kita sama-sama usaha ye. Tak ada manusia yang nak ditimpa macam2 penyakit kat dunia ni, termasuklah kita. Allah uji tu bersebab...

      Lucrin tu untuk stopkan period kan? Macam nak stimulate menopous / putus haid? Zarith ada endo ke? Yani macam ingat-ingat lupa apa fungsi lucrin tu. Masa doktor suggest untuk ambil ubat untuk nipiskan dinding rahim, Yani ingat doktor nak suruh ambik Lucrin, masa tu dah sedih sangat-sangat. Tuns out doktor suruh ambik Provera.

      Delete
    2. ha ah ada endo. Baru tau lepas operate haritu. Lucrin untuk stopkan period. Saya pun still google2 pasal lucrin ni. Esok jumpa doc baru tau detail result operation ariitu.

      Apa beza provera dgn lucrin ni? fungsinya sama ke

      Delete
    3. Doktor Zarith ade beritahu endo tu stage berapa?
      Semoga endo stage yang masih boleh dirawatlah ye.....risau sangat!

      Yani pun masih riki-riki pasal ubat hormon Provera dan Lucrin ni, ikutkan Provera pun ada kaitan dengan rawatan untuk endometriosis dan endometrial hyperplasia. Apa-apa info nanti, kita sharing2 ye?

      Delete
  6. Semoga yani semakin tabah..Kuatkan semangat kamu..Insyaallah, dengan izin Allah...semuanya akan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, tak pernah jemu bersangka baik pada ketentuan dan ujianNya..... :)
      Salam perkenalan ye...

      Delete
  7. Yani, baru sempat melawat blog...Be strong dear, coz I know u r. InshaAllah, hikmah buat laps, dapat detect penyakit ni...Smg Allah beri kesembuhan...syafakillah... Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ST, mungkin ada hikmah lepas buat laps tempohari. Sebab setiap kali TVS, doktor selalu sebut dinding rahim tebal even lepas period. Jadi bila dia ambil sampel dan lab sahkan ada hiperplasia, jadi mengesahkan jangkaan doktor (walaupun masa tu doktor tak pernah bangkitkan nama penyakit ni)....Yani tanya sama ada ini endometriosis atau tidak, doktor kata bukan.

      Thanks ST....

      Delete
  8. salam yanie..saye jumpa 2 gynea bgtahu ada cyst...then suggest laps as soon as possible..tp saye ni jenis penakot...mmg tu kelemahan saye..semalam Allah gerakkan kaki pergi berubat homopati..dia scan saye py cyst bukan issuenya...tp dinding rahim sy yg tebal menyebabkan mmg payah nak lekat...ada logicnya...issue kita mcm lebih kurang..huhu tp xtau la sy ni hyperplasia ke ape...smoga Allah mudahkan urusan kita...aminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinet...rasanya better buat laps sbb dr laps baru boleh confirmkan apa penyakit dalam rahim kita. Mcm Yani, doktor asyik sebut dinding uterus tebak setiap kali tvs tapi x sebut ade hiperplasi. Lepas dia ambik sampel dinding rahim masa buat laps dan hantar makmal...baru 100% sah saya ada hiperplasia ni. Laps tak sakit...beranak lagi sakit kot...

      Delete
  9. as salam sis, saya beru sahaja doc ambik sample tisu dinding rahim. boleh sy tau x, sis masa lpas ambik tisu rahim tu ..banyak tak keluar darah.. sebabnya doc bagi tau ssy darah akan keluar tp sikit..tp ni saya alamai kuar darah yg banyak dh macam period

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, nak kata banyak tu tak de la banyak sangat. Tapi takde la sampai tahap mcm darah period keluar. Bertukar 2-3 kali pantyliner je. Kalau banyak sgt keluar darah, better gi jumpa balik doktor. Takut ada pendarahan akibat geseran alat semasa ambil sampel tu.

      Delete
  10. isk ye ke sis.. sy ni still kuar darah..dah 2 hari ni.sis dlu brapa lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai 24 jam pun kot. Tapi seingat saya tak sampai 1-2 hari bleeding tu. Better awak jumpa balik doktor.

      Delete
  11. Replies
    1. Wslm..kalau nak bertanya lanjut tentang penyakit ini, boleh bertanya terus di sini. Atau emelkan pada anida_yin[@]yahoo[.]com

      Delete
  12. Complex Endometrial Hyperplasia With Atypia - Tahap 4
    Last stage lead to cancer.
    Just imagine.
    Sy berumur 28 tahun, baru 2 tahun berkahwin.
    belum dikurniakan anak.
    Sy dapat tahu yg sy menghidapi penyakit ni tahun lepas October 2015. semasa melakukan DnC procedure. Bila dapat tahu keputusan sample, sy pada mulanya mmg tak tahu pun mengenai penyakit ini, sehinggalah doctor menerangkan dgn lebin terperinci. Doc bgtahu kes sy lebih complex memandangkan Complex Endometrial Hyperplasia With Atypia", peluang utk sembuh sgt tipis. berkemungkinan menjadi kanser lebih tinggi. Doc suggest utk lakukan pembuangan Rahim serta merta. Bayangkan perasaan ketika itu bagaimana. Sy tak berputus asa dan tidak mahu mengambil keputusan terburu, I want to seek for other opinion. Masa tu doc bagi ubat provera and see how ubat tu boleh membantu. Tapi malangnya lansung tidak membantu. Dah 4 kali lakukan pipelle sampling, result yg sama, kali ni doc lakukan sekali lagi Dnc and lakukan biopsy pada 26 july 2016. doc cadangkan utk memasukkn mirena sebagai cara yg terakhir, jika ianya masih tak dapat membantu Rahim terpaksa di buang. Dalam usia sy 28 tahun baru berkahwin 2 tahun dan belum dikurniakan anak bersama suami tercinta, bayangkan betapa sedihnya. Tuhan saja yang tahu. Doc dah terangkan apa yg bakal berlaku sekiranya semua usaha ini tidak berhasil,memang sudah tiada cara lain lagi. Jika sy membuang Rahim, sy tidak akn melahirkan zuriat lagi, menjadi monopous di usia muda, kesan penerimaan suami, bagaimana hubungan suami isteri nanti. Jika sy memilih utk tidak membuang maka ianya akn terus menjadi kanser, mungkin sy boleh hamil tapi sgt tipis, dan risiko yg sy akn tempuhi sy akn kehilangan nyawa sy sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, saya bersimpati dengan nasib awak Sha Lee...besar dugaan awak berbanding saya. Bagaimana dengan lanjutan rawatan awak sekarang?

      Delete
    2. sekarang doc dah masukan mirena IUS dalam Rahim, dengan harapn iu saja dapat membantu. itu pun hanya dapat membantu menipiskan dinding rahim saja. treatment ni doc bg tempoh dalam 6 bln. jika tak Berjaya, tak ada harapan lagi terpaksa buang sebelum rahim jadi lebih teruk and bertukar kepada kanser.

      Delete
    3. Sha Lee, ada cuba dptkn 2nd opinion? Sekarang kes awak refer ke hospital mana? Mungkin awak boleh cuba rawatan alternatif selain daripada rawatan perubatan moden...

      Delete
    4. Sha Lee, sy sangat bersimpati,, mgu depan sy akan buat rawatan Hysteroscopy DnC. sb doc suspect Hyperplasia. sb dinding rahim sgt tebal. risau juga sy mcm mna keputusan sample endometrium tu nanti. risau jugak sb sy ada mslah period tak teratur dan dinding rahim makin menebal wlpun dah makan ubat turun darah (dupastron). Rabu ini 9/11/16 admit di KPJ klang. harap2 smua dipermudahkan. sy doakan awak kuat kan semangat. Jangan Buang Rahim lagi, ikhtiar la selagi boleh, cuba rawatan islam, cuba Shaklee ke. moga Allah melindungi Kita semua. Aminn...

      Delete
    5. Assalamualaikum....sy sangat bersimpati dgn Sha Lee dan semua. Rupanya ramai yg menghadapi masalah yg sama. sy baru saja doc ambil sample tisu dinding rahim. Berdebar-debar tunggu keputusan lagi 2 minggu. sblm tu doc buat process Hyteroscopy DDTC

      Delete
    6. Aezilla Azizan & Anugerah Ilahi, semoga kalian diberikan rezeki kesembuhan dari penyakit ini, amin ya rabbal alamin...

      Delete
    7. sama seperti saya jugak. dah khwin 3 thn tp msh belom ada anak. doktor bgtau tak boleh hamil scra normal, kena usaha guna ivf itupun kalau dinding rahim kembali normal. tp doktor x jin ivf boleh berjaya sbb masalah rahim yg saya hadapi. Hyperplasia with atypia. dah result pertama yg saya dpt mmg dah ada sel kanser, skrg ni makan prvera utk bantu dr merebak, tp bleeding x stop since bulan 1/18 untill now.. sedih bila doktor kata kena remove rahim. nasibla suami mmg memahami, dia yg suruh buang sbb tak mau jadi complete kanser tp saya pulak yg tak nak, masih mengharapkan keajaiban. tp kalau itu je jalan terakhir, kena follow demi selamatkan nyawa..

      Delete
  13. Assalam. Brp ya buat endometrial pipelle di kpj? Result dpt brp lama?

    ReplyDelete
  14. As slm puan maaf nak tnya puan dh conceive?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam...alhamdulillah, tahun 2017/2018 tahun Allah pinjamkan rezeki mengandung secara semulajadi untuk saya dan suami

      Delete
  15. saya endometrium hyperplasia with atypia.. dah makan provera 3 bulan 20mg. bleeding tak stop since bulan 1/18, ni baru stop dalam seminggu tu pun x sepenuhnya, msih ada spot2 bleeding. Last followup 13/4 dan doktor bgtau mmg tak normal sbb bleeding x stop, kena teruskan provera 3 bulan lagi then baru biopsi kembali. Doktor suggest utk remove womb. lately ni kerap sakit di lower abdomen (bhgian rahim), inshaAllah hjg mgu ni nak ke hospital swasta utk dptkan 2nd opinion, kalau mmg terpaksa buang rahim, terpaksa la follow. nyawa lebih penting sbb haritu doktor bgtau kemungkinan di bawah nya dah ada kanser sebab mula2 dpt result pun doktor pakar bgtau dah mula nampak sel kanser 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakhbar...besarnya dugaan puan hadapi. Saya pun rasa baik juga puan dapatkan pendapat dari doktor lain tentang cadangan doktor tersebut. Semoga ada cara alternatif bagi mengelakkan rahim puan dibuang. Banyakkan berdoa pada Allah SWT.

      Delete
    2. Rafida boing...blh x emel sy..nk share pgalaman.
      ellyza1878@gmail.com

      Delete
  16. Saya pun baru buat proc yg sama dan baru dapat result td

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr adv pakai mirena ius sy 1st stage no atypia

      Delete
  17. Assalamualaikum.. Bole sy tahu kawan2 yg alami ni saiz ketebalan rahim tu bp mm... Sy ni br dpt detect n akn lalui proses utk ambil sample.. Mmg bdebar2.. Ketebalan rahim sy 19.87 dh kira luar biasa drp normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously 19.87mm saiz ketebalan dinding rahim awak? Ada apa-apa simptom tak?

      Delete
  18. Macam mana rahim boleh tebal ya? Awal tahun haritu buat scan ketebalan 9mm sahaja. Bulan lepas scan doc ckp 14mm. Terus buat pape smear. Skrg tgh tunggu result. Saya tak pernah lewat dtg haid. Sentiasa ontime. Cuma ada ambil supplement kuruskan badan je. Skrg period dah jadi sakit sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak ni org yg sama tinggalkan komen di posting ni pada 13 ogos 2020 dan 16 april 2021 ke?

      Delete
  19. Awak...mcm mane skrg..sy da didiagnose tahap 3 ke 4..sbb x paati without atau with... Blh x mesej saya..012670487

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa dimaklumkan tahap hyperplasia awak, doktor tak jelaskan betul-betul ke sama ada without atau with atypia? boleh mesej di anida_yin[@]yahoo[dot]com

      Delete
  20. Salam sis..mslah sy pon sma..sy bru dpt tau kptsn pap smear sy dh ke arah pra kanser..dnding rhim mnebal..sy strt rwatan di gyne GH 2018..sblm ni result ok cme sy overweight.period x teratur..bert 108 skrg sy dh trn 84kg..tp result last chek up bln 10 thn lpas dktr ckp dh ade tnda lain..sy risau sgt..dktor pulk x jelaskn dekat saya thap ape..tp sy pon kna ambl povera 2 bj mlm 2 bj pg.bila mslh mcm ni ade mknan yg kte kna jauhkan..skrg ni sy sgt tkut..��..dktr pon ade ckp kalo x bkesan rahim tpksa d buang..sy kwin dh 7thn lbh..blm pnh mgandung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan, salam takziah atas perkhabaran puan tu, cuma saya harap puan dapat teruskan rawatan dengan pihak hospital. Jika ada temujanji susulan, boleh minta doktor yg merawat jelaskan apa tahap endometrial puan dan apa cadangan rawatan yang doktor ingin puan cuba.

      Delete
  21. Salam Sis.
    Mulanya sy didiagnosis ada ovarian cycst masa ke klinik swasta dan doktor klinik swasta suggest utk ke hospital kerajaan (ada surat rujukan diberi) utk rawatan lanjut. Sy pegi ke O&G (hospital kerajaan) atas sebab ovarian cycst yg sy alami. Tetapi, beberapa bulan kemudian, doktor kesan dinding rahim sy tebal yg x normal an pd tahap bahaya 30% kata doktor. Sangat takut mendengar kemungkinan2 yg doktor bgtahu dan skrg sy depress sgt ttg ini. Doktor akan buat rawatan kikis dinding rahim tu utk bantu tipiskan dan utk ambil sample ujian apa punca dan thp keadaan bahayanya. Jika risiko bahayanya lebih tinggi, doktor suggest buang rahim sekali dgn ovari, tapi sy mcm berat hati. Sy jg diberi ubat hormon Ravimed tu 2 biji tiga kali sehari makan. Moga ada sinar untuk sy bebas dr kedua2 penyakit ini. Yg peliknya, doktor kata penebalan dinding rahim sy lebih bahaya dari ovarian cycst sy yg saiznya 8.34cm X 10cm tu. Utk pembedahan, sudah 3 kali doktor bg tarikh temujanji tp tertunda akibat covid ni. Nt 7hb Oct. ni admit wad dan 8hb. operation yg prosedur kikis dinding rahim tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulaikha, semoga operation puan berjalan lancar dan para doktor dapat mencari rawatan yang bersesuaian dengan situasi kesihatan puan.Amin ya rabbal alamin...

      Delete
  22. Assalamualaikum...adakah akan merasa sakit di bawah perut sebelah kiri dan pinggang kiri selepas di ambi sample..akak dah 2 hari di ambi sample tp masih rasa sakit di bahagian perut kiri dn pinggang pinggul kiri..sekarang berdebar menunngu result

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, ada kemungkinan tak rasa sakit tu ada kaitan dengan proses pengovulasian puan? mungkin boleh bertanya lanjut dengan doktor

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)