30 Jun 2014.
Bulan puasa sudah tiba. Pengambilan ubat-ubatan jangan diabaikan. Bagi umat Islam yang terpaksa mengambil ubat untuk sesuatu penyakit dalam bulan Ramadhan ini, waktu mengambil ubat boleh diubahsuaikan. Berikut adalah panduan umum tentang cara mengubahsuai waktu mengambil ubat.
Sahkan dengan doktor atau ahli farmasi anda tentang waktu-waktu ini. Ini kerana kebanyakan peraturan pengambilan ubat bergantung kepada jenis ubat yang dipreskripsikan dan juga penyakit yang dihidapi. Jika arahan yang terdapat pada preskripsi anda tidak seperti disenaraikan di bawah, rujuklah doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan pandangan mereka. Pusat Racun Negara juga boleh dihubungi untuk tujuan ini. Selamat berpuasa dan selamat menjaga kesihatan.
JIKA ARAHAN MENGAMBIL UBAT ADALAH... | ANDA BOLEH |
Dua kali sehari selepas makan | Mengambil ubat sekali selepas berbuka puasa dan sekali selepas bersahur. |
Tiga kali sehari selepas makan | Mengikut arahan seperti 1 di atas dan ambil satu kali lagi sebelum tidur. Namun demikian tentukan anda telah mengambil sedikit makanan sebelumnya. |
Dua kali sehari sebelum makan | Mengambil ubat sekali selepas berbuka puasa dengan segelas air. Anda boleh makan setengah hingga satu jam selepas mengambil ubat. Pengambilan kedua haruslah setengah hingga satu jam sebelum anda bersahur |
Tiga kali sehari sebelum makan | Mengikut arahan dan ambil satu kali lagi sebelum tidur. |
Sekali sehari sebelum atau selepas makan | Pilih masa yang amat sesuai untuk diri anda - sama ada pada waktu berbuka puasa atu bersahur, dana amalkan masa yang sama semasa Ramadhan. |
Setiap lapan jam | Arahan 2 atau 4 boleh digunakan bergantung kepada sebelum atau selepas makan. |
CARA LAIN: TERMASUKLAH MENUKARKAN KEPADA:
- Ubat bebasan tertahan. Sediaan ini membolehkan pesakit memakan hanya satu atau dua dos sehari. Toefilin untuk asma sebagai contohnya boleh didapati dalam bentuk ini.
- Ubat "koyok" (seperti plaster). Pesakit tidak perlu memakan ubat. Nitrogliserin untuk sakit jantung adalah contoh terbaik untuk sediaan seperti ini.
- Ubat lain yang mempunyai kegunaan yang sama tetapi tidak perlukan pengambilan yang kerap. Sebagai contoh, sekiranya pesakit memerlukan antibiotik ampisilin (1 kaspul empat kali sehari) untuk melawan jangkitan ubat ini boleh ditukarkan kepada bakampisilin yang hanya perlu diambil 2 kali sehari.
- Selang waktu makan lain yang telah disahkan berkesan dan selamat. Simetidin untuk menyembuhkan ulser perut umpamanya, boleh diberikan empat kali, tiga kali, dua kali atau satu kali sehari. Yang berbeza adalah dosnya sahaja.
| Ini adalah beberapa contoh pilihan lain yang ada. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi untuk pilihan yang sesuai. |
|
Sumber rujukan : Artikel Mematuhi Preskripsi Dalam Bulan Puasa - Dewan Kosmik, Januari 1997
thanks for the info.
ReplyDeleteMasa follow up doktor last week, doc tanya nanti bulan pose, pose tak? mestilah pose.
Doc tanya ada satu ubat saya kene makan 3 kali sehari. Lepas sembang2. Doc suh makan ubat tu lepas habis puasa. Sebab ubat tu side effetc die kuat. Jadi akleh makan waktu puasa. Nanti lembik
Sama2 Zarith....ubat tu boleh tangguhkan makan ye sampai sebulan? Takpelah Zarith....ikut je nasihat doktor, dia lebih faham kesan ubat pada pesakit.
Delete