13 Mei 2014.
Amaran : Entri ini agak panjang, kes owner blog malas nak buat sekuel entri blog bagai...sila hadam ye! :)
Sepatutnya, hari Selasa aku warded, hari Rabu operation dan hari Khamis discharge. Ringkas jer kan?
Rupanya perancangan Allah SWT ternyata berbeza dari apa yang aku jangkakan.
Dipendekkan cerita, seminggu sebelum urusan pembedahan aku, pihak KK Melaka Tengah ada datang ke pejabat untuk buat Tuberkulosis (Tibi) Health Screening. Memandangkan ada staf pejabat yang baru sembuh daripada penyakit tibi, jadi untuk langkah berjaga-jaga orang JKM datang buat Mantoux Test, secara tak langsung aku pun disuntik sama. Disebabkan bacaan Mantoux test aku bersaiz 11mm, dapatlah surat rujukan ke KK berdekatan untuk buat pemeriksaan lanjut sampel kahak dan x-ray dada.
Hasil x-ray adalah normal dan sampel kahak pun aku dah serahkan ke kaunter 11 Poliklinik Ayer Keroh. Nak dijadikan cerita, beberapa jam lepas operation laparoskopi, aku dalam keadaan mamai dapat panggilan telefon dari KK Ayer Keroh yang memaklumkan 2 dari 3 sampel kahak aku dapat kesan jangkitan tibi dan pihak klinik suruh aku datang ke sana segera.
Aku cakaplah kat orang tu, aku baru lepas pembedahan di GH Melaka, nak bergerak pun susah, macam mana nak ke sana cepat-cepat? Aku cakap dah sihat sikit nanti aku pergilah. Rupanya, pihak klinik terus telefon GH Melaka beritahu pasal kes suspek tibi ni. Tak pasal-pasal, belah petang Rabu tu aku terus dikuarantinkan dalam bilik 1 orang dan disuruh pakai mask. Masa tu aku rasa sedih sangat tapi aku kuatkan hati, banyakkan beristigfar dan selawat.
Petang Khamis tu, lepas doktor pakar O&G dah review kes aku dan sepatutnya aku dibenarkan balik, pihak hospital minta aku dipindahkan ke wad E4 untuk pemeriksaan lanjut tibi. Of course la diorunk tak akan lepaskan aku balik macam tu je, takut jangkitan tibi akan merebak. Bila wad E4 maklumkan ada bilik kosong, petang Khamis tu juga aku dipindahkan dengan wheelchair ke wad tu di blok lama GH Melaka. Siap-siap settle down kat katil, aku dah meleleh-leleh airmata bila suami dan bibik nak balik rumah.
Bila doktor perubatan rebiu kes tibi aku ni, dia cakap paling kurang kena tahan di wad sampai hari Selasa (13 Mei 2014), aku dah rasa lemah semangat masa tu. Ya Allah, dugaan apa pula kali ni? Punca dia tahan lama sampai 6 hari sebab nak pantau perkembangan simptom tibi dan buat beberapa ujian makmal pada sampel kahak aku.
IV drip yang dicabut pada hari Jumaat semasa di wad E4. Lepas cabut, baru boleh solat dengan selesa. Kesan sengal dan bengkak sampai hari ni (13 Mei 2014) masih terasa.
Duduk kat wad ni, makan minum aku terjaga. Eh, bukan kata terjaga je, berlebih-lebihan lagi. Tak sempat lapar, kejap-kejap makanan dan minuman sampai. Tapi, menu sama setiap hari, nasi putih membukit, ayaaaaaammmm, ikaaaaaann dan sayur sedikit. Sabtu Ahad ada istimewa sedikit, dapat makan aiskrim. Kih kih kih....silalah cuci mata tengok menu-menu hari Jumaat sampai hari Ahad aku....
Hari Ahad, aku dah sampai satu tahap dah kembang tekak bila tengok menu ayam dalam tray tu. Loya tekak wei! Nasib baik kakak-kakak aku memahami, mereka datang melawat aku sambil bawa makanan maggi goreng Indomee (terpaksa langgar pantang!) dan spagetti daging. Barulah aku boleh makan dengan seleranya. :) Terima kasih Kak Teh dan Kak Lang.
Duduk kat wad ni, aku tak perlu pakai mask 24 jam, orang yang datang melawat aku yang kena pakai mask muka setiap masa. Bahagian atas kepala katil aku ditempatkan Air Purifier System, jadi udara yang berada dalam bilik aku lebih terjamin kebersihannya.
Duduk kat wad ni, aku tak perlu pakai mask 24 jam, orang yang datang melawat aku yang kena pakai mask muka setiap masa. Bahagian atas kepala katil aku ditempatkan Air Purifier System, jadi udara yang berada dalam bilik aku lebih terjamin kebersihannya.
Peneman tidur. Baca blog orang, nampak promosi Hello Kitty McD tu, tunjuk kat suami. Sepantas kilat dapat 3 biji anak patung Hello Kitty Edisi Circus Of Life tu. Eh, tetiba baru perasan, bantal kecil tinggalan arwah mak pun berlatarbelakangkan kartun Hello Kitty. Terus terminat plak.....
Lauk hari Isnin yang sempat makan sebelum dibenarkan discharge with flying colours. Alhamdulillah...sedap!
Sepanjang berada di sana, aku dah buat pemeriksaan x-ray dada; CLEAR! Selain itu, aku telah menjadi pengkahak berjaya setiap pagi (walaupun aku rasa lebih banyak air liur dari kahak yang keluar) untuk dihantar ke makmal.
Sedikit info tentang tibi :
Petikan entri Cara Mengesan Penyakit Tuberculosis dari blog Dr Azwan.
Terdapat 3 pemeriksaan saringan yang biasa dilakukan...
Yang pertama adalah pemeriksaan kahak dipanggil - sputum for Asid Fast Bacilli (AFB). Kahak ini diambil setiap pagi setelah bangun tidur selama 3 hari. Ia bukan air liur tetapi kahak. Soalannya macamana nak keluarkan kahak kalau tak batuk? Nabil jawab - lu pikir lah sendiri!
Kahak ini akan dilihat melalui mikroskop oleh ahli pathologi secara langsung menggunakan pewarna khas yang dapat mewarnakan kuman Tibi itu. Ini adalah pemeriksaan yang paling kuat untuk mengesahkan kehadiran kuman Tibi di paru-paru anda.
Bagi kanak-kanak yang tidak boleh batuk dan mengeluarkan kahak, satu tiub akan dimasukkan melalui hidung ke dalam perut untuk mengeluarkan bahan-bahan khususnya kahak pada waktu pagi untuk dibuat sampel.
Pemeriksaan yang kedua ialah dengan mengambil x-ray dada. X-ray bagaimanapun tidak dapat memberi kepastian sekiranya Tibi masih baru dan belum lagi merosakkan paru-paru. Adakalanya penyakit lain juga boleh menyerupai bentuk jangkitan Tibi.
Yang ketiga ialah melalui pemeriksaan darah iaitu ESR atau Erythrocyte Sendimentation Rate. ESR ini merupakan satu indikator yang tidak spesifik yang akan memberitahu samada pesakit ini mendapat jangkitan, radang atau kanser. Sekiranya paras ESR meningkat di dalam darah contohnya kepada 100 mm/hr (normal 10 mm/hr) bermakna terdapat jangkitan yang menyebabkannya. Salah satunya Tibi.
Itu adalah 3 asas pemeriksaan tibi yang boleh saya kongsi. Setiap satunya ada kekuatan dan kelemahan tertentu. Sekiranya kahak yang diambil 3 hari berturut-turut positif untuk kuman Tibi bagi ketiga-tiganya dan bacaan ESR yang meningkat berganda-ganda, sudah cukup untuk membuktikan anda dijangkiti Tibi walaupun x-ray dada anda nampak normal.
Yang pertama adalah pemeriksaan kahak dipanggil - sputum for Asid Fast Bacilli (AFB). Kahak ini diambil setiap pagi setelah bangun tidur selama 3 hari. Ia bukan air liur tetapi kahak. Soalannya macamana nak keluarkan kahak kalau tak batuk? Nabil jawab - lu pikir lah sendiri!
Kahak ini akan dilihat melalui mikroskop oleh ahli pathologi secara langsung menggunakan pewarna khas yang dapat mewarnakan kuman Tibi itu. Ini adalah pemeriksaan yang paling kuat untuk mengesahkan kehadiran kuman Tibi di paru-paru anda.
Bagi kanak-kanak yang tidak boleh batuk dan mengeluarkan kahak, satu tiub akan dimasukkan melalui hidung ke dalam perut untuk mengeluarkan bahan-bahan khususnya kahak pada waktu pagi untuk dibuat sampel.
Pemeriksaan yang kedua ialah dengan mengambil x-ray dada. X-ray bagaimanapun tidak dapat memberi kepastian sekiranya Tibi masih baru dan belum lagi merosakkan paru-paru. Adakalanya penyakit lain juga boleh menyerupai bentuk jangkitan Tibi.
Yang ketiga ialah melalui pemeriksaan darah iaitu ESR atau Erythrocyte Sendimentation Rate. ESR ini merupakan satu indikator yang tidak spesifik yang akan memberitahu samada pesakit ini mendapat jangkitan, radang atau kanser. Sekiranya paras ESR meningkat di dalam darah contohnya kepada 100 mm/hr (normal 10 mm/hr) bermakna terdapat jangkitan yang menyebabkannya. Salah satunya Tibi.
Itu adalah 3 asas pemeriksaan tibi yang boleh saya kongsi. Setiap satunya ada kekuatan dan kelemahan tertentu. Sekiranya kahak yang diambil 3 hari berturut-turut positif untuk kuman Tibi bagi ketiga-tiganya dan bacaan ESR yang meningkat berganda-ganda, sudah cukup untuk membuktikan anda dijangkiti Tibi walaupun x-ray dada anda nampak normal.
Selain
itu, Mantoux test boleh. Kalau dah kena BCG, normally the reading will
be > than 10 mm selepas 72 jam untuk pengesahan. Sejenis serum
tuberculin akan disuntik ke lengan dan setelah 72 jam baru
keputusannya boleh dibaca. Bagaimana untuk membacanya, jika seseorang
itu positif dijangkiti bakteria TB (Tubercle Bacilli), kawasan lengan
yang disuntik itu akan mengalami keradangan/bengkak/kemerahan.
Bagaimana TIBI Merebak ?
Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.
Tanda-Tanda TIBI
- Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
- Kahak yang mungkin mengandungi darah
- Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
- Susut berat badan dan hlang selera makan
- Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
- Mudah menjadi letih
Cara Mengesan Penyakit TIBI
Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-
- mendapatkan pemeriksaan doktor
- melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
- menjalani pemeriksaan x-ray dada
Alhamdulillah....simptom-simptom tibi kat atas tu satu pun tak ada pada aku!
Alhamdulillah....hari Ahad, lepas botol sampel kahak kedua aku dihantar ke makmal, doktor dan nurse ada maklumkan yang kedua-dua sampel tu negatif tibi. Doktor Chai pun ada cakap, memang ada sedikitttt je jangkitan dalam sampel tu tapi bukan tibi. Dia kata biasalah kita bernafas di persekitaran terbuka, memang ada bakteria/kuman masuk peparu kita setiap hari. Ya Allah..masa tu aku gembira sangat tapi tak nak berlebih-lebihan takut kecewa. Doktor Chai suruh tunggu keputusan sampel kahak ketiga, kalau negatif juga aku dah boleh discharge hari Isnin tu juga. Yang paling seronok, masa Dr Chai cakap macam tu, dia buka mask muka dia dan berbual dengan aku seperti biasa, respons yang cukup bagus dan positif bila doktor pakar dah yakin aku hampir negatif tibi.
Masa makan tengahari Isnin semalam, nurse masuk bilik aku. Berdebar rasanya....alhamdulillah! Nurse bagitau sampel ketiga kahak aku pun sah negatif tibi. Dia siap suruh aku bersiap cepat sebab dah boleh discharge, balik rumah. Yang kelakarnya, siap cakap kena kosongkan bilik tu segera sebab ada orang lain nak masuk pula. Lepas telefon suami dan adik bongsu aku, petang dekat pukul 7 malam baru selesai urusan di kaunter hasil, ambil ubat klinik O&G di farmasi dan dapatkan surat MC dari wad. Appointment dengan wad E4 belum dapat tarikh lagi....walaupun dah sah aku bebas tibi, Dr Chai minta aku buat pemeriksaan berkala untuk pantau kesihatan; kena buat pemeriksaan x-ray dada lagi dan beri sampel kahak.
Suasana dalam bilik aku di wad E4...sangat selesa. Rupa-rupanya bila belek semula senarai pesakit, hanya aku seorang sahaja pesakit perempuan di situ, yang lain semua pesakit lelaki yang rata-rata pekerja asing (bangla/ indonesia dan nepal). Seram juga....dahlah setiap masa cleaner Bangla wad tu main masuk je bilik aku tak kira masa, masa aku tengah tidur dia masuk, masa tengah solat pun dia masuk meluru, terkejut-terkejut aku dibuatnya, nasib baik di wad ni pakai baju wad dengan seluar.
Pengalaman selama 5 hari yang aku tak akan lupakan selama hidup dikandung badan. Aku yakin ada hikmah di sebalik setiap dugaan yang aku hadapi selama di sini.
Bila
Allah SWT beri kita rehat, Dia beri "rehat" dalam erti kata sebenar.
Redha, jangan pernah pertikai segala perancanganNya. Sebab diri ini
pernah diberikan kesempatan merasai nikmat "belum ada rezeki zuriat"
diganti dengan rezeki jaga arwah mak. Dugaan kali ini terasa sangat
manis. Allah duga sebab Allah sayang umatNya. Terima kasih Ya Allah....
Terima kasih pd Dr Chai, nurse2 (SN Misni,
Rokiah, Khatijah dan Intan) atas layanan baik selama berada di wad E4.
Tak lupa juga pada Dr Kuharaj, Dr Subahsini dan nurse2 di wad O&G GH
Melaka. Tak lupa nak ucapkan "Selamat Hari Jururawat Sedunia!!"
Alhamdulillah...
P/s: Ada nazar yang aku perlu lunaskan segera....janji aku pada Allah SWT sekiranya terbukti aku benar-benar negatif tibi.
Alhamdulillah... Sure cuak yani sementara nk tunggu result tu....
ReplyDeleteTentulah ST, menangis jangan cakaplah....tiap2 malam hubby call mesti meleleh airmata. Sebab Yani yakin Yani x ada simptom tibi, jadi bila org klinik cakap suspek ada jangkitan tibi....most of the time Yani dalam denial mode. Alhamdulillah, 2nd day duduk wad kuarantin tu, memang tawakal dan redha je, berdoa sepanjang masa nasib menyebelahi Yani...
DeleteAlhamdulillah dah selamat semuanya..take care sis..
ReplyDeleteAlhamdulillah Kak Nuriz....inshaAllah, semuanya dah terjawap kenapa Yani stay di GH Melaka lebih dari 3 hari...
DeleteAlhamdulillah.. semoga sihat selalu dan take care yani.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..thanks alot Yana..... :)
Deletemoga cepat sembuh :)
ReplyDeleteInshaAllah..thanks Nurul Asma'......
DeleteYani, baru berkesempatan nak tgk blog Yani.. Skng ni musim Tibi ke ye?
ReplyDeletesbb cousin sue pun kna sakit Tibi..
5 hari kat hospital, mmg leh sakit jiwa..walaupun ber aircond ke apa, tetap nak blik umah jgak kan.. huhuh
Alhamdulillah Yani bebas Tibi :)
Tak pasti la Sue....rasa tibi ni sepanjang masa ada, as long kita nampak org yg kena tibi tu batuk yg agak lama dan berat. 5 hari kat wad mmg boleh ganggu emosi...percayalah cakap Yani. Alhamdulillah...berkat doa adik beradik, suami dan rakan2 juga...
DeleteAlhamdulillah.....clear dari tibi...take care yani :)
ReplyDeleteAlhamdulillah Mrs Opi...thanks! :)
Deletetumpang tanye, so kalau batuk nak dekat 2 bulan tu kire TB jgk ke.. tp bile batuk xde kahak, mcm mane tu ?
ReplyDeletethat's why kena buat ujian saringan Mantoux, sampel kahak dan x-ray untuk tentukan sama ada positif tibi atau tidak....saya sendiri tak de simptom batuk apantah lagi kahak tp still suspect tibi, lepas buat semua ujian baru doktor sahkan bebas tibi.....
Deletekawan saya kan sampai kena bedah paru-paru sebab tibi..kesian sangat.
ReplyDeleteBahagian masing-masing...semoga kawan tu cepat sembuh...amin.
Deletesalam puan saya nak tanya sample kahak tu kena byk ke sikit je.. esok saya kena bg sample kahak
ReplyDeleteKena bagi sampel kahak secukupnya sebab kalau tak mengikut kuantiti yang makmal perlukan, kena ulang hantar sampel kahak....
Delete