2 Disember 2013.
Sejak encik suami berhenti ambil supplemen Speman dan Kapikachhu, rasa sayang pula dengan stok kedua-dua supplemen ni terbiar macam tu je. Kebetulan dua-dua supplemen ni baru restok, haritu dok kira sebiji-biji, Speman masih berbaki 32 biji dari jumlah asal 100 biji. Kapikachhu pula lagi la baru buka botol, baru berusik 3 biji dari jumlah asal 60 biji, jadi masih ada 57 biji lagi.
Mula-mula fikir nak jual balik dengan harga lebih rendah pada sesiapa yang berminat, fikir balik dua kali, tak mengapa la, lebih baik sedekahkan sahaja pada rakan-rakan TTC. Pada sesiapa yang pernah beli kedua-dua supplemen ni mesti tahu berapa harga setiap botol Speman dan Kapikachhu ni, kan? :)
Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak kedua-dua supplemen ni secara percuma, kos penghantaran pun aku tanggung semuanya, harap dapat tinggalkan komen dalam entri ni sesegera mungkin. Hanya untuk yang serius sahaja ye! Kalau boleh, biarlah orang yang sama ambil kedua-dua supplemen ni, senang sikit kerja aku nak poskan nanti. Tinggalkan alamat emel yang senang berhubung dan kalau tak kisah, boleh tinggalkan nombor telefon sekali (optional, tak paksa ok?). Nama yang terpilih nanti, aku akan maklumkan.
P/s: Stok supplemen ni stok yang dah dibuka ye, jangan pula buat-buat terkejut seal penutup botol terbuka tau! Hohoho....
Updated!
Alhamdulillah, sekejap je announce dah ada yang berminat...inshaAllah, Yani cuba poskan pada Shasha secepat mungkin minggu ini. :)
sy nak boleh?hehehehe :p
ReplyDeleteShasha...minta tinggalkan alamat emel yang senang berhubung dan kalau tak kisah, boleh tinggalkan nombor telefon sekali (optional, tak paksa ok?)
Deleteemail shasa_rossa@yahoo.com , no phone sha bagi kat email k? :)
DeleteShasha...nanti akak inform bila dah siap pos ye? Thanks beri respons cepat tadi...
DeleteAkak lak ada sekotak duphaston n separuh kotak progynova,ada yg nak jugak x..eh yani,,tumpang iklan kat sini la pulak.hehe
ReplyDeleteTakpe Kak Nuriz......Yani ni pun ada beberapa kotak Duphaston yang dibekalkan oleh klinik OnG aritu...inshaAllah dah tak guna sebab period nampaknya muncul hampir setiap bulan tanpa bantuan Duphaston ni...dari sehari ke sehari nak pulangkan kat farmasi GH Melaka, asyik terlupa je....kalau ada sesiapa nak pun, Yani let go je la free.....
Deleteprogynova tu untuk ape?
DeleteHee,bgsnye.
ReplyDeletePemurah yani :-)
Dari membazir tak guna, baiklah diberi kat orang yang boleh memanfaatkan sebaik mungkin...ye dak? :)
Deletemuga bertambah murah rezeki awak..
ReplyDeletekalo ada lg bgtau ek..husban pon makan:))
InshaAllah...
DeleteMag, tu last stok yang Yani beli...aritu beli 1-1 je, takde la buat stok sgt pun... :)
nape husband akak xcontinue makan? huhu farhah terlepas post la niiiiii
ReplyDeleteHubby akak discontinue sebab makan supplemen lain pula.... :)
Deletesemoga mendapat rezeki amin....
ReplyDeleteAmin Anim....kita sama2 usaha...
DeleteSalam Sis,
ReplyDeleteSuami saya baru yer beli semlm Speman Himalaya....Just nak tahu, nape suami sis berhenti
Zalfarinah, sama jawapan macam di atas, sebab nak fokus pada supplemen baru. Maybe elok pada kaum adam lain, mungkin tidak..itu perkara subjektif. :)
Deletemcmna nk tahu ubat ni ori or tiruan
ReplyDelete;) saya bukan pakar. Boleh rujuk dgn KKM la kot.
Delete