17 December 2013

Ambil Sampel Darah Untuk HSG (Check Buah Pinggang)

 Lengan kiri yang dicucuk tapi tak keluar banyak darah

17 Disember 2013.

Bersiaran dengan keadaan hidung srot sret tak sudah-sudah.
Demam panas start malam kelmarin sampai pagi ni.
Semalam paling teruk demam panas, punye ler bertahan tak nak telan panadol.
Akhirnya, lepas balik kerja singgah juga ke stesen minyak Petronas beli panadol Actifast dan Strepsil Extra Strong.

Malam tadi whatsapp adik yang doktor tu, tanya ada efek tak kalau makan Panadol Actifast sebelum ambil sampel darah untuk HSG esok pagi?
Adik kata tak ada masalah, cuma dia suruh minum air masak banyak-banyak sedikit.
Aku pun terus telan dua biji Panadol Actifast sebelum tidur dengan harapan esok demam panas reda dan selsema tak makin teruk.
Memang tak de makna nak cuti-cuti sakit esok, kerja tengah melambak.
Harapan ler nak notify orang tertentu tu yang aku cuti sakit time-time ni. Macam ler aku nak cuti lama sampai seminggu. Pffrt!

Cerita pagi ni.
Aku ambil time sleep, nak ke KK Sungai Udang untuk ambil sampel darah.
Ujian darah untuk tengok kesihatan buah pinggang sebelum proceed HSG.
Mula-mula, hulur lengan kiri.
Dapat cucuk walaupun saluran darah kecil.
Tapi darah keluar sedikit.
Ciss.

Lepas tu, kena buat kat lengan kanan pula.
Teruuuus dapat ambil sampel darah, sebab saluran darah tu agak besar.
Sampel darah akan dihantar ke Bilik 33 GH Melaka, tumpang ambulans dari KK. Hehe...bye bye darahku. Semoga selamat sampai ke sana dengan selamat, ye!

Lengan kanan yang memberi kerjasama...terima kasih!

6 comments:

  1. Yani ujian darah utk check buah pinggang tu compulsary sblm hsg ke? Just nk tau sbb L xpenah buat ujian tu. Kalau byk manfaat ingat nk buat jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani tanya pada adik Yani, dia kata ini hanya untuk pastikan kita tak ada masalah dengan buah pinggang masa buat HSG. Ye la, masa HSG kan disuntuk dye dalam saluran tiub kan? Bahan yang tertinggal dalam saluran tu akan diflush dalam air kencing yg akan diproses oleh buah pinggang. Kalau silap info Yani ni, minta sesiapa perbetulkan ye?

      Delete
  2. eh, xde pulak kene amik darah utk cek buah pinggang sebelum HSG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la Yana, lain tempat lain prosedurnye kot? :) Ikutkan je la cakap doktor....

      Delete
  3. hee.sue dulu pun xde amik darah.. mayb lain prosedur.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe :) Harap2 takde masalah untuk proceed HSG nanti...so far takde call dari GH Melaka lagi.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)