Berat Badan : Berat terakhir ditimbang pada bulan 29 Okt 2013 adalah sebanyak 64.2kg, ada penurunan selepas mula aktif beriadah dengan aktiviti bersenam, berjogging, berbriskwalking dan berzumba.
Period : Period hadir pada 24 Oktober - 29 Oktober 2013, tanpa mengambil pil Duphaston pada CD31. Simptom, period kitaran ini, dua minggu menanggung breast pain, rasa mengantuk, lesu badan dan rasa sakit pinggang yang melanda dua tiga sebelum period hadir. Petanda lain nak period juga aku akan rasa mual dan rasa pening kepala sehari sebelum period.
Usaha TTC : Masih meneruskan usaha dengan supplemen EPO, Obimin, Omega 3 Fish Oil, Surbex Zinc dan lain-lain lagi. Amalan meminum susu kambing bersama buah kurma kami suami isteri seperti biasa. Encik suamiku tersayang masih konsisten mengambil supplemen Speman dan Kapikachhu untuk kesihatan diri.
14 Oktober 2013 (Isnin) sudah buat ujian hormon D21 Progesteron lepas kitaran kedua Clomid 100mg.
Untuk rekod aku, usaha dengan kitaran kedua Clomid 100mg juga tidak berjaya, period muncul pada 24 Oktober - 29 Oktober 2013. Kitaran kedua Clomid 100mg bermula pada 25 September - 29 September 2013. Untuk usaha TTC kali ini (Okto - Nov) tiada bantuan Clomid, semuanya secara natural.
Mak : Mak admit ke hospital pada 28 Oktober 2013 sebab bacaan buah pinggang naik. Sekarang masih di GH Melaka sebab dah mula dialisis 3 kali seminggu.
Salam
ReplyDeleteSy da timbg jgk.dari segi kg turun xmemuaskan.muscle pon ada turun
Cuma buat tvs smlm.telur dah makin besar compare dlu.tp still tk memuaskan.Cd10 just 12mm.sepatutnya doc ckp dlm 15mm.
Next cycle,mkn clomid.tktnye naik berat.T.T.
Doc advice stop herbalife.:'(
kurang memuaskan? berapa kilo penurunan dan utk berapa lama tempoh tu? Doktor ada beritahu kenapa suruh stop herbalife?
ReplyDeleteada die explain.
DeleteTp 2 mgu lepas kwn sy ahli farmasi pon advice suh stop.reason same.
Secara pendek,die kate pemakanan herbalife bertentangan dgn sunnah Rasulullah.jd cara pemakanan herbalife ni buatkn kita akan bergantung dgn herbalife .bila stop ada effect spt naik berganda
Ye ke? Takpe la, kalau doktor awak dh advice mcm tu, better ikut je la. Sebab dia lebih pakar. :)
DeleteTula,coach sy pon da ckp cm yani.ikot kate pakar la wat ms skrg.
ReplyDeleteTp riso bila time mkn clomid.dgr cite naik nafsu mkn.kwn sy naik 5kg mkn clomid.
Ikut pengalaman Yani sendiri, memang akan naik mendadak masa makan clomid....cuba kawal portion mknn, kerap bersenam dan minum air banyak-banyak. InshaAllah membantu, kalau pun naik berat badan, mungkin tak melambung2 sgt angkanya....
DeleteThanks yani,
ReplyDelete:-)
It's ok dear....Yani pun kalau doctor advice benda yg sama, will consider the same decision juga...tp kena fikir positif dan cari alternatif lainj
ReplyDelete