05 November 2013

Mak : Dah Mula Dialisis Di Pusat Hemodialisis Luar


5 November 2013.

Baru lepas balik dari bawa mak buat rawatan dialisis di Pusat Hemodialisis Krisda Jaya. Rawatan pertama mak di luar GH Melaka lepas discharge petang semalam. Adik bongsu yang doktor tu dah uruskan urusan booking tempat dialisis, jadi masa datang bawa mak dah smooth urusan daftar masuknya. Dokumen yang perlu dibawa hanyalah salinan kad pengenalan dan kad pesara mak, yang lain pihak pusat dialisis akan sediakan dokumentasi untuk berurusan dengan JPA.


Mak mula buat dialisis jam 12.30tengari dan selesai pada lebih kurang jam 4.00petang. Kemudahan di pusat dialisis ni memang selesa, setiap sesi boleh dijalani oleh 5 orang. Tak perlu risau nanti bosan ke apa bila kena duduk sampai 4 jam sebab di pusat dialisis ni dilengkapi dengan tv dan kemudahan penghawa dingin.

Masa daftar, mak dibekalkan dengan satu beg yang berisi bantal kecil untuk alas bawah lengan dan blanket yang boleh digunakan sekiranya sejuk. Yang bestnya, beg, bantal dan blanket tu warna purple + pink...warna kegemaran (girlish sangat!) aku tu.

Sesi rawatan dialisis mak adalah setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu jam 12.00 tengahari - 4.00 petang. Masa rawatan boleh diubah sekiranya bertembung dengan hari atau waktu temujanji dengan hospital, cuma kena maklumkan awal la supaya pihak pusat dialisis boleh slot-in orang lain pula.

 

Sebelum dan selepas buat rawatan, mak akan diambil bacaan berat badan. Oh....part ni aku jeles, sebelum dialisis berat mak 43.8kg (berat idaman aku ni!), lepas buat dialisis berat badan mak 41.6kg. Turun 2.2kg tu! Bercinta aku nak turun 2.2kg, tu pun belum tentu dapat dalam masa sebulan, mak duduk 4 jam dah turun 2.2kg.....huhu! Sebenarnya, yang turun tu adalah berat air dalam badan (bak kata PIC yang pusat dialisis tu). 

Benda baru yang aku belajar masa temankan mak buat dialisis tadi, sebelum dan semasa dialisis, bacaan tekanan darah akan dipantau. Kalau tekanan darah turun ketara sangat, memang staf pusat dialisis akan hentikan rawatan dialisis on the spot sebab tak nak jadi apa-apa yang tidak diingini berlaku pada pesakit. Jadi tempoh rawatan dialisis pun bukan konsisten selama 4 jam, bergantung pada keadaan kesihatan pesakit juga.

Satu lagi, setiap hari lengan yang dah buat tapak tu kena check, sama ada masih berfungsi (bergetar) atau tidak bagi memastikan tapak tu tak mati (berhenti bergetar). Memang ada kemungkinan tapak yang dah pernah buat akan mati dan pesakit buah pinggang perlu buat semula tapak di tempat lain pada anggota badan. Sementara nak buat tapak baru tu, biasanya proses dialisis masih diteruskan tapi akan tebuk di leher. Lengan yang buat tapak perlu dijaga lebih teliti; tak boleh angkat benda berat-berat, tak boleh kendong budak kecil, kalau tidur tak boleh himpit/ tindih dan lain-lain lagi.

7 comments:

  1. Mmg sukar juga ya yani nak jaga tapak tu...semoga Allah mudahkan untuk mak yani, amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani pun baru tahu ST, ingatkan lepas buat tapak boleh pakai sampai bila-bila. Staf tu siap cakap, pagi-pagi kena rasa kat area tapak tu, bergetar ke tak? Pernah jadi kes, ada pesakit tak perasan tapak tu dah mati/berhenti bergetar, bila nak buat dialisis dah tak boleh, kena refer hospital balik utk buat tapak baru, sementara tu kena tebuk leher plak...seriau bila dengar! InshaAllah...doakan mak Yani diberikan ketabahan melalui kehidupannya...

      Delete
  2. ida, daddy aku dah 4bulan dialisis kat situ.. mmg berat akan turun mula2, jgn lupa beli lotion utk mak kau pakai tau, kulit akan menggelupas dan kering... dh bbrp kali daddy aku pitam n pengsan time dialisis sebab terlampau penat dan xcukup rehat... so pastikan mak kau makan ikut jadual and jaga pemakanan dia..

    yg claim gov tu, klinik Krida ni akan bagi invois every 3months.. lepas isi borang jpa sume, kau kena hantar borang to finance utk proses..

    dont worry, everything will b fine.. InshaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kieraaaa......long time tak dengar khabar ko!

      Ok, noted. Aku cuba ikut nasihat ko. aku risau juga sebab pernah baca blog orang dan dengar org cerita pasal kemungkinan pitam/ pengsan time dialisis....setakat 2kali mak aku pergi buat rawatan, alhamdulillah masih ok dan makin segar badan. Kalau tak start dialisis haritu, mak aku asyik letih je, terbaring tidur.

      Pasal claim tu, haritu staf situ ada terangkan, tapi ade afew things tak dapat ctachup, maybe later on aku tanya semula untuk double confirm.

      InshaAllah...aku pun doa dan harap kesihatan mak dan ayah kita sama-sama dalam perhatianNya.....sedih tengok mak ayah kena cucuk sana-sini tapi kita kena kuat untuk mereka...kan?

      Delete
  3. ad contact pusat dialisis krisda jaya

    ReplyDelete
  4. saya berasa amat bersimpati ke atas mak awak. Kalau boleh selalu la berada di sisi mak kerana mereka yang menjalani rawatan dialisis ini lebih cenderung utk lesu, pitam dan sebagainya. Sebab sakitnya dialisis tu takkan terluah dgn kata2.

    Saya ingin berkongsi sedikit infomasi mengenai pusat rawatan dialisis di sekitar Malaysia. https://www.lookp.com/malaysia/dialysis-centre

    Kepada yang belum mengetahui pusat2 rawtan dialisis, harap info yang saya kongsikan td dapat membantu anda.

    Harapan saya kepada semua pesakit diluar sana diberikan kekuatan, ketabahan dan jangan pernah putus asa. Insha Allah kekerapan menjalani dialisi dapat dikurangkan bergantung pada bagaimana anda mampu mengubah rutin hidup (pemakanan & disiplin)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah Mak dah pergi meninggalkan kami semua pada tahun 2014.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)