Bibik telefon hp aku masa tengah mesyuarat tadi, sampai bawah meja aku tunduk nak jawap call.
1st call in aku tak dapat jawap, bila 2nd call no bibik muncul, hati aku dah berdebar-debar. Janganlah ada berita tak baik.
Bila dengar bibik kata mak dah boleh discharge hari ni, berbunga-bunga hati.
Alhamdulillah!
Aku tanya bibik, doktor dah keluarkan surat discharge tak? Kalau belum, alamatnya memang bukan tengahari ni la urusan discharge mak. Akan delay lama, lebih baik aku datang lepas waktu kerja pukul 5.30 petang ni. Bibik pun cakap tak payah datang tengahari ni hantar lauk macam biasa, sebab bibik dah siap-siap beli di kantin GH Melaka tu.
InshaAllah, urusan discharge petang ni aku akan uruskan sampai selesai. Adik beradik semua aku dah sms beritahu status mak hari ni.
P/s: Seminggu tanpa mak di rumah, aku sangat-sangat sunyi. Memang la ada suami di sisi, tapi tak sama bila mak tak ada depan mata. Aku ada terfikir, macam manalah kalau mak betul-betul tiada nanti...... :(
Alhamdulillah.... semoga mak yani terus sihat :-)
ReplyDeleteSihat-sihat orang sakit diabetis + buah pinggang + darah tinggi la ST.....ada pasang surut nye....dah mula episod ke pusat dialisis 3 kali seminggu lepas ni....semoga Allah permudahkan segala urusan mak...
Delete