22 November 2013

Cabaran 90 Hari : Berat Badan Minggu Ketiga November 2013




Bacaan berat badan pada 22 November 2013

22 November 2013.

Bacaan timbang berat badan untuk minggu ketiga bulan November 2013. Kekal! Hehehe.....Seminggu lepas turun 1.1kg, minggu ini berat badan kekal tapi....yang paling best, peratusan lemak badan berterusan turun (38.2 > 37.7 > 37.1) dan peratusan air dalam badan berterusan naik (45.2 > 45.6 > 46.1) Alhamdulillah! Rakan Herbalife aku kata tak mengapa berat badan kekal, yang penting peratusan lemak makin turun dan peratusan air meningkat, sebab itu menunjukkan proses 'shaping' sedang berlaku.

Aktiviti dan proses yang sama dibuat seperti minggu-minggu terdahulu. Aktiviti berzumba setiap malam selama 1 hingga 1 jam 30 minit, kawal pemakanan (nasi kurang 1 genggam, sayur lebih dan sumber protein bersaiz 1/3.

Apa yang kekal?
  1. Berat Badan
  2. Visceral Fat

Apa yang turun? Turun yang bagus ye!
  1. Peratusan lemak dalam badan

Apa yang naik? Naik yang positif ye!
  1. Peratusan air dalam badan
 
Bacaan berat badan pada 15 November 2013

P/s: Berkemungkinan sehari dua ini akan datang bulan, tapi aku nak cuba kekalkan aktiviti berzumba, jaga makan dan kekalkan kuantiti air, mana tahu ada penurunan selepas tempoh datang bulan...InshaAllah!

2 comments:

  1. kalau lah lemak2 ni boleh dipindah milik, dah lama sy g mintak ngn akak,hihi. Sy ni tatau camne lagi nak buat nak naikkan berat. dari dulu asik 40kg jer, huwaaa stresss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi~ Masing2 ada masalah masing2, kan? Yani nak kurangkan lemak, CikJi nak tambah lemak...huhu! CikJi cuba tambahkan berat dengan diet cara sihat tau, jangan makan makanan yang bukan-bukan. Dari nak sihat nanti jadi sakit pula...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)