08 November 2013

Cabaran 90 Hari : Berat Badan Minggu Pertama November 2013


Bacaan berat badan pada 8 November 2013

8 November 2013.

Bacaan timbang berat badan untuk awal bulan November 2013. Berat badan kekal pada bacaan 64.2kg...pheww! Kenapa pheww.....? Sebenarnya aku risau naik berat badan sebab berkursus 3 hari di hotel, which is aku tak boleh lari dari nampak makanan-makanan yang sedap. Memang aku kekalkan regim 2 kali shake dan 1 kali makanan normal, tapi, kalau dah namanya berkursus, tak akan dapat lari dari sesi minum pagi dan minum petang, kan? Ambil sedikit, jamah sedikit tapi bila 6 kali sesi jamah-jamah sikit, akan jadi porsi yang banyak juga tu....aku dapat agak, mesti berat badan akan naik, tak banyak, sedikit.

Nasib baik, pengambilan air aku kekal sama 6 liter sehari dan aku memang amalkan air perahan lemon siang malam. Balik dari berkursus, terus sambung aktiviti berzumba beberapa malam dan buat aktiviti-aktiviti fizikal lain.

Apa yang kekal?
  1. Berat badan
  2. Peratusan air dalam badan
  3. Visceral Fat

Apa yang turun?
  1. Peratusan lemak dalam badan

Apa yang naik? Naik yang positif ye!
  1. Muscle Mass
Ikutkan pemahaman aku (kalau silap, sila betulkan ye!), kalau body fat turun dan muscle mass naik, itu membawa maksud penurunan yang bagus. Tak mengapa berat badan tak turun atau kekal, yang penting bacaan lain ada perubahan positif.

Alhamdulillah! 
 Bacaan berat badan pada 29 Oktober 2013
 
Terbaca dalam web Kevin Zahri tentang kaitan antara tip peningkatan metabolisma, lemak dan otot:

Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training) - Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
Sumber : http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-kaedah-tingkatkan-metabolisme-badan/

8 comments:

  1. Salam.sy ada tanye doc.nape sy mkn sikit tp kerap kali and senam pg ptg tp average turun just 1kg~2kg sbln.

    Doc jwb,kena tgkatkan metabolisme.salah satu makan sblm kul 7pg dan cr ni ikut Sunnah Nabi

    Saya ada tanya pandangan doc minum air byk doc tk sokong.tp xdpt explain detail sbb doc nk g solat jumaat.hehe

    Dh btol yani.turun lemak dan naik otot prkembgn bgs.:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanina,

      Berapa target Amanina nak turun dalam sebulan?
      Kalau ikut KZ, 0.5-2.0kg tu penurunan normal sebulan...

      Ada banyak tips macam mn nak tingkatkan metabolisma (apart from ikut Sunnah Nabi);
      1. Minum Air Secukupnya.
      2. Jangan lupa suplemen kalsium.
      3. Makan!
      4. Tidur yang cukup.
      5. Jangan Stress.
      6. Sinar mentari
      7. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training).
      8. Suplemen Vitamin C untuk cergas.
      9. Makan makanan pedas!
      10. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.
      (Sumber : Web KZ)

      Yani pun dah rujuk pada doktor tentang pengambilan air lebih dari 2-3 liter sehari, dia kata tiada masalah sekiranya tidak melibatkan pesakit buah pinggang yang kronik. Mungkin pendapat doktor Amanina berlainan, so better Amanina ikut cakap doktor Amanina...

      Risau juga sebenarnya berat statik, tapi dah tahu punca dan sebab, jadi tak de la masalah sangat. Yani cover balik dengan bersenam... :)

      Delete
    2. Doc sy target 4kg sbln.
      If turun 2kg,dia kata krg memuaskan since sy dah kategori nk msk heavy aktiviti bersenam.

      Saya pon follow doc.mmg memuaskan .bdn rasa ringan and timbang mmg lemak turun around 800g .

      Takpe ikot doc yani advise.sy just sharing doc gtau jea and sy buat mmg puas ati penurunan.excited plak nk cite kt kwn ttc :-)

      Delete
    3. 4kg sebulan? Wow....
      Chaiyok2 ye usaha turunkan 4kg sebulan tu... :)
      Boleh kongsikan apa aktiviti-aktiviti bersenam yang doktor Amanina kategorikan sebagai 'heavy' tu?

      Delete
    4. Intensity of exercise.kdg2 ada org panggil heavy exercise sbg vigorous exercise.
      Tak silap yani ada post pasal heart rate.tu berkaitan la :-)

      Delete
    5. Ok....related juga tu. Takpe la, teruskan usaha untuk capai 4kg tu...usaha inshaAllah boleh capai...

      Delete
  2. Yani, sgt bagus kalau muscle mass increase... lagi banyak calories bleh bakar bila banyak muscle :-)

    And to Amanina, as long as u loose weight, i rasa that is a good thing :-) i pun target turun sebulan 1 kilo je... sikit2, lama2 jadi bukit, in the long run, makin banyak weight loose. Good luck dear :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ST, muscle mass naik dan body fat turun itu lah penawar hati bila tgk berat kekal....takpe, relax2 dulu...takmo badan terkejut..

      Actually, proses turun berat sama susah dengan proses mengekalkan berat badan...tapi, proses nak naik balik, easy peasy je kan? Hehehe...Pernah baca somewhere, turun banyak dalam masa singkat, kemungkinan untuk naik semula dengan cepat pun lebih tinggi.....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)