14 October 2013

Ujian Darah D21 Progesterone


14 Oktober 2013.

Hari ni CD21. Seperti yang dicadangkan oleh doktor klinik OnG, aku kena pergi Bilik 33, GH Melaka untuk beri sampel darah pada kitaran kedua Clomid 100mg. Sampai di sana, tengok dah ramai umat manusia di luar dan dalam dalam bilik 33. Bila ambil nombor giliran, termenung dibuatnya. Banyaknya nombor giliran aku!

Aku duduk sekejap tengok flow nombor giliran bergerak macam mana; lambat ke cepat. Nombor giliran untuk serah borang memang laju dipanggil, tapi nombor giliran dan nombor bilik mana nak dituju untuk beri sampel darah sangat perlahan. Bila sampai giliran aku serahkan borang, aku tanya staf nurse kalau aku balik pejabat sekejap, dan bila sampai situ semula nombor giliran dah jauh, boleh ke? 

Nasib baik staf nurse kaunter 1 tu baik, dia kata boleh ambil sampel darah tak kira pagi atau petang sebab tak melibatkan berpuasa. Aku pun terus balik pejabat, ada urusan kerja rasmi kena selesaikan baru boleh ke GH Melaka semula.


Semoga ujian darah D21 ini boleh membantu aku dalam usaha TTC. Buruk baik keputusan D21 ni, aku redha. Mungkin ada hikmahnya aku diberi peluang menjalani ujian D21 ni setelah hampir 3 tahun berTTC. Bismillah!

P/s: On the way ke GH Melaka sekarang, lepas solat Zuhur. 

Updated!

Masa sampai di Bilik 33 tadi, selengang-lengangnya tempat duduk depan kaunter tu. Duduk sekejap melepaskan lelah jauh berjalan kaki, staf nurse di kaunter tanya nak ambil darah ke? Aku cakap aku dah ambil nombor giliran tapi balik pejabat semula sebab ada hal. Dia suruh masuk je kat bahagian ambil darah. Termasuk aku, ada dua orang je di dalam tu.

Layan berbual dengan staf nurse berbangsa Cina yang ambil sampel darah aku, bila dia tanya ambil darah untuk apa? Aku cakap la doktor OnG yang suruh ambil ujian D21 untuk dapatkan analisis hormon. Dia tanya, dah lama ke kawin? Aku balas hujung bulan ni genap 3 tahun. Lepas tu dia angguk kepala, sambil cakap "Tengah mencuba ye?" Aku senyum je pada staf nurse tu.

Ouch!

6 comments:


  1. Dulu masa sy buat ujian darah d21 di lppkn, ujian dibuat bukan pada cycle yg makan clomid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la Yana...dah doktor suruh, Yani follow je :)

      Delete
    2. Xpe, just follow the flow.. selalu klu buat pd cycle yg amik clomid, result hormon adalah normal..

      Delete
    3. Oh ye ke? Takpe la, apa2 pun tggu result review masa jumpa doktor Disember nanti.....berjanggut nak tggu tarikh next appointmnt....

      Delete
  2. Hi Yani, saya dah lama baca blog awak tapi silent reader je =). Actually saya pun dalam TTc jugak, masuk 2 tahun kawin. Saya start pegi jumpa doc bulan mei 2013. Setakat ni sekali ambik darah dan dalam peringkat SI (sexual intercourse). Masuk bulan lepas dah 2 kali pegi scan untuk tengok telur masa masa waktu subur dan doc akan bagi injection utk induce ovulation dan doc sarankan untuk bersama slp 36 jam injection.

    Saya x pasti org lain mcm mane, tapi rasenye awak dah lama pegi hospital tp rawatan yg awak terima mcm lagi lambat dari saya. mungkin saya ade terlepas entry awak terdahulu, tp saya suggest awak cuba pegi HUKM sbb kawan saya kata one of the best. Dia ada MAC centre (medically asssisted conception unit).

    Buat masa ni, bersabar la banyak2 ye, semoga dikurniakan kekuatan utk mengahadapi ujian ini. sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan, tapi sesuatu yg diperolehi dgn susah pastinya lebih manis... =)

    All the best for u sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your concern, dear...
      Memang nampak slow progress, I knew that! :)

      Cuma Yani cuba settlekan masalah irregular menses dahulu sebelum proceed pada infertility issues. Alhamdulillah, sekarang dah nampak period flow makin baik (every month dtg walaupun CD panjang) dibantu dengan penurunan berat badan. Yani fikir tak perlu terburu-buru nak conceive kalau badan sendiri tak ready dari segi kesihatan, which will become worse kalau pregnant dalam masa terdekat. Doktor pun tak galakkan Yani pregnant sekarang selagi masalah utama Yani tak di overcome.

      Perancangan untuk cuba rawatan di klinik swasta / luar Melaka memang ada, cuma tunggu masa yang sesuai. Planning memang nak buat tahun depan. Sebab tu skrg Yani banyak survey dan baca pengalaman rakan TTC yang lain untuk rujukan which fertility centres dan doktor OnG yang bagus.

      InshaAllah, sabar tu subjektif. Doakan je Yani dapat harungi ujian ni dengan redha. Mungkin kalau bukan rezeki anak untuk kami, Allah beri rezeki dalam bentuk yang lain...who knows, right? :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)