Sumber Gambar : Google
7 Oktober 2013.
Isu urin bertukar warna ni dibangkitkan oleh hubby, aku sendiri tak perasan sehinggalah hubby cakap pada aku. Hubby pelik warna urin dia berwarna kuning yang pelik. Aku macam "Hah! Ye ke?" Takde la pula aku jadi kerja nak cek warna urin sendiri sebab memang dah yakin minum air lebih dari 3 liter, urin aku berwarna jernih.
Lepas tu, bila buang air kecil aku perhatikan juga warna urin, memang betul, warna urin lebih kuning. Mulalah cuak, ni salah makan ubat apa ni? Bila ingat-ingat balik, hubby kata dia perasan perubahan warna urin lepas makan supplemen Surbex Zinc.
Bila aku google penerangan kenapa urin bertukar warna bila makan supplemen tu, aku terjumpa beberapa artikel yang terangkan indikasi dan kesan perubahan urin dengan lebih jelas. Aku tempek di sini untuk rujukan masa akan datang.
Jenis warna urin/air kencing dan puncanya
Kuning pucat - normal
Kuning cerah - akibat pengambilan B Complex
Kuning gelap - dehidrasi, kurang air selepas mengambil vitamin B Complex
Kecoklatan - pengambilan ubat-ubatan atau mengalami masalah organ hati
Oren - dehidrasi atau kesan pengambilan Caratomax
Keruh - UTI/ Urinary Track Infection/ jangkitan disaluran kencing/ kencing kotor
Kemerah-merahan - jangkitan buah pinggang atau penyakit berkaitan
Kebiru-biruan - kesan pengambilan ubat atau akibat penyakit Blue Diaper Sydrome
Jadi, ketahuhilah apabila warna urin berubah selepas mengambil vitamin terutama yang mengandungi B-Complex, ia adalah normal. Biasanya ia akan menjadi kuning cerah (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.
Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air. Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.
Sumber Rujukan : Warna Kencing dan Puncanya (http://www.mysupervitamins.com/2011/08/warna-kencing-dan-simptom-berkaitan.html)

Sumber Gambar : Carta Urin dari Google
Kuning/Kuning cair - mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah, jadi jangan risau jika anda pengamal vitamin B-Complex.
Sumber Rujukan : Petunjuk Di Sebalik Warna Urin Anda (http://duniavitaminku.blogspot.com/2013/01/petunjuk-disebalik-warna-urin-anda.html)
thanks for sharing yani....pasni erin pon nak check air kencing jugak la. :)
ReplyDeleteCek erin..jangan x cek...huhu!
DeleteYani, sy n suami pun mcm tu mula2.. pelik sbb kuning cerah.. pastu baru terfikir sbb amik surbex zink.. haha
ReplyDeleteYani cuak sebab takut badan x serasi dgn supplemen baru consume tu...nasib baik x cepat gabra, google baru tenang hati skit
Deletesaya ambik multivitamin shaklee pon kuning gak urine...
ReplyDeletedah biasa dah. xterkejut dah..mula2 je terkjut..hehe
Org yg dah biasa makan tak kisah sgt..yani ni baru2 je...tu yg pelik skit..
Deletetq sharing
ReplyDeleteU r most welcome dear, UU....
Deleteakak makan vitamin C, vit E ngan prenavit skang..mmg jadi gelap sket kaler urine tu. tp kalo tak makan vit seme tu..kaler cerah je..bes.. sbb maknanya badan dah cukup air :)
ReplyDeleteKekDa, dalam Surbex Zinc ni dah siap2 ada vit C dan E tu...prenavit tak pasti...nanti Yani cek balik....
DeleteSaye bru 2hri mkan tapi slpas makan sakit perut pulak..
Deletesy amek surbex zinc tu and perasan jugak kuning terang mcm tu..tp sy ade jugk sakit perut belah kanan bwh mcm sengugut tu..slps 2 ari mkn..first time amek surbex ni sbb ade akak opis cadangkan
ReplyDeleteCik Anon, sepanjang Yani makan surbex zinc ni tak de plak kena sakit perut belah kanan bwh mcm sengugut....mungkin lain org, lain efek dia kot.....
Deleteassalamualaikum ,,
ReplyDeletesy nk tnye mcm mne pulak surbex zinc klo ubatnye btukar warne coklet,, seingat sy ubat ni warne kelabu,, bru wgt nk consume balik.. bole ke x mkn klo warne coklet tu,, and dri segi bau,, bau die kuat sgt rase ubt,, somebody... please2 ubt byk lgi nie..
Pd pendapat saya better jangan makan pil surbex zinc tu kalau dah berubah warna dan bau. Surbex zinc tu dah lebih dari tarikh tamat dia ke? Tapi confirm ke yang awak maksudkan tu pil Surbex Zinc? Atau Surbex Protect? Kalau Surbex Protect warna dia memang warna coklat (2 layer), bau dia saya dah lupa sebab consume sekejap je dulu.
DeleteSelain folic asid, vitamin b complex....adakah saya perlu amik subrex zinc juga sebagai tambahan jika ingin hamil???
ReplyDeleteSaya dan suami makan subrex zinc ni masa bulan puasa. Tak sangka hamil selepas sebulan mengamalkannya.
ReplyDeletebulan puase waktu mane sesuai makan ..lps brbuka @lepas sahur?
ReplyDeleteLepas bersahur sepatutnya...
DeleteAssalammualaikum.. Maaf nk tye, klo amal kn surbex zink ni akn tambah selera mkn ke? Sesuai ke untuk org yg ade mslh berat badan.. Maksud sy tu sesuai ke untuk orang gemok... 😬
ReplyDeletesetahu saya tiada masalah nak consume, tak de kaitan dengan menaikkan selera makan.
DeleteSetahu Sy utk tenaga tmbhn, Dan Ada jgk sy trbca selera mkn kuat.tp Sy mkn x pulak sy slra sgt.biasa2 je.
ReplyDeletepersonal experience saya, tak de kaitan pun dengan selera makan.
Deletesaya nak tanya normal ke kalau kencing kuning cerah but berbuih ? hahaha sebab baru consume n perasan mmg warna air kencing jadi kuning but berbuih lak ..
ReplyDeletesaya rasa baik persoalan ni diajukan kepada ahli farmasi di mana awak beli supplemen ini atau bertanya langsung dengan doktor....takut salah info pula nanti.
Delete