24 Oktober 2013.
Isnin malam kelmarin kakak aku sampai di KLIA dengan penerbangan pertama TH. Petang Selasa mak buat kenduri doa selamat untuk kakak dan abang ipar, jemput saudara mara terdekat. Aku tak bercuti sebab masa suntuk nak apply cuti HRMIS, lagipun kena attend mesyuarat.
Masa kenduri tu, ada dua tiga perkara berlaku pada aku. Perkara-perkara baik, pada tafsiran aku.
Masa bersalaman dengan kakak, dia tanya dah ada apa-apa khabar baik tak? Dia kata dia dah doakan di depan Kaabah, aku senyum sambil jawap "InshaAllah...doa-doakanlah".
Masa tetamu beransur balik, mak mertua adik aku bersalam dengan mak, lepas tu hulur tangan nak bersalam dengan aku pula. Dalam keadaan masih tangan bertaut, mak mertua adik aku tanya soalan yang sama kakak aku tanya, serentak dengan tangan kanannya mengusap lembut perut aku. Aku tersenyum juga. Mak mertua adik tanya, ada sampaikan apa-apa pesan pada kakak aku tak masa di sana? Aku jawap, minta doakan kesihatan yang baik....kalau Allah berikan kesihatan yang baik pada kami berdua, inshaAllah rezeki lain bakal menyusul.

Kakak aku hulurkan ole-ole untuk kami suami isteri; kain telekung, sejadah mini, kopiah kait, tasbih, 2 botol minyak wangi, keychain unta, gula-gula produk Arab dan juga 3 biji buah zuriat. Alhamdulillah, syukur!
P/s: Rupanya, sepanjang majlis doa selamat, ada makcik sedara yang dok perhatikan aku. Masa bersalaman waktu akhir majlis, makcik tu tanya aku berdiet ke? Aku tergelak kecil sambil mengiyakan je....makcik tu kata patutlah nampak dah kurus dari dulu....

tomeynya unta tu... hehehe
ReplyDeleteHehe....Yani beri kat hubby pakai, kalau jadi milik Yani, alamatnya nasib dia tergantung kat dinding pejabat Yani je la, jadi koleksi keychain "Hall Of Fame" ... :)
Delete