24 October 2013

24 Oktober 2013 : Kitaran Haid Selepas Clomid 100mg Kitaran Kedua


24 Oktober 2013.

CD1 hari ni. 
Kitaran haid yang lepas adalah sepanjang 30 hari.

CD15-16 kesan keluar EWCM.
CD17 simptom breast pain muncul.
Perasaan aku berbelah bahagi. Dua simptom yang saling berlawanan. 

Yang aku perasan, sebaik sahaja aku rasa simptom breast pain seakan-akan reda atau hilang, aku akan period (inshaAllah). Rasa mengantuk, lesu badan dan rasa sakit pinggang yang melanda dua tiga hari ni yang aku fikirkan berpunca dari aktiviti bersenam dan berzumba, rupanya petanda period bakal hadir. Oh satu lagi, petanda lain nak period juga aku akan rasa mual dan rasa pening kepala sehari sebelum period.

Kitaran sebelum-sebelum ini dengan Clomid (setiap kitaran 1 Clomid 50mg & 100mg), cycle jadi tetap 28 hari. Tapi bila kitaran kedua, cycle sedikit lari. Cycle kedua Clomid 50mg, cycle aku jadi haywire sampai 40 hari. Kali ni, cycle kedua Clomid 100mg, cycle sampai 30 hari.

Sedih, pasti sedih.
Menangis dalam tandas, tak lama. Sekadar melepaskan lelah dalam hati.
Mungkin sebab dah terbiasa dengan situasi seperti ini dan faktor usia perkahwinan hampir 3 tahun, serta mungkin juga sebab perasaan redha dan semangat ingin terus berusaha keras dalam TTC ni lebih menguasai.

Jadi, cycle kali ni tanpa sebarang ubat dari klinik OnG.
Cycle kali ni atas usaha semulajadi. 
Kalau ada pun, supplemen-suplemen yang aku amalkan selama ni; EPO, Surbex Zinc,  dan amalan susu kambing serta kurma disambung seperti biasa.

Temujanji rawatan di Klinik OnG GH Melaka adalah pada pertengahan bulan Disember nanti.

P/S: Takde brownish spotting ke apa macam dulu-dulu sebelum nak period, tahu-tahu je haid dah keluar. Period cramps sebelum period pun dah jarang terasa, aku agak mungkin sebab amalan EPO. Bila period baru terasa sikit-sikit period cramps.

10 comments:

  1. Faham sangat perasaan tu...xpe banyak kn bersabar..jgn patah semangat..cuba lagi.. Semangat! L skg tgh saket nk period.. mmg sedih tapi xpelah..bukan rezeki lagi.. L akan proceed iui kalau setting time ok insyaallah nov.. gud luck utk dis cycle

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah L.....semangat masih ada, kita usaha setakat mana kita mampu, Allah yang punye kuasa nak beri skrg atau tidak....

      Delete
    2. betul tu yani..Dia tau apa yg terbaik dan bila yg sesuai .. apa yg perlu kita buat usaha doa tawakal..insyaallah.

      Delete
    3. Amin L...... :) semoga usaha IUI L nanti dipermudahkan ye.....

      Delete
  2. yani, insyaAllah sama2 kita teruskan usaha ye..Allah Maha Mengetahui, ada hikmah tersembunyi..suatu hari masa itu akan tiba juga insyaAllah..kita nampaknya sama CD1 hrni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umie....Yani baru lps baca entri terbaru Umie....doa kita lepas solat tu sama Umie....Yani pun doa malam semalam, kalau betul rezeki kali ni, kekalkanlah dalam rahim Yani...tapi kalau belum rezeki kami berdua, berilah petunjuk dan keluarkanlah sebagai darah haid.....Allah mendengar rupanya, dan tak bertangguh memberikan jawapan.....sebab tu masa menangis dalam toilet tu, Yani pujuk hati...Allah dah beri petunjuk ni, kenapa nak sedih-sedih sangat? Move on dan usaha lagi.....

      Delete
  3. Sedey kan.. Sama2 lah kita sabar dan tabah ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Yana.....kena selalu pegang D.U.I.T (Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal).....

      Delete
  4. xpe Yani..at least dia mai awal kan..xde la pening2 fikir..
    skrg ni me kalo period je mesti fikir "new cycle,new hope" InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Umie, tu la bila Yani fikir balik....Allah tak beri rezeki lagi, tapi Allah masih berikan kitaran haid yang makin teratur pada Yani. Jangan tamak sangat. Petanda nak period (breast pains, lenguh pinggang, mual, pening, watery feeling) pun Allah dah permudahkan.....dulu tak pernah/jarang dapat rasa, apantah lagi nak merasa period setiap bulan.....kena selalu positifkan diri, jangan terdetik Allah kejam pada kita....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)