09 September 2013

Clomid, Berat Badan dan Herbalife


9 September 2013.

Bacaan berat badan pada 5 September 2013 lepas. Naik? Memang naik lepas makan pil Clomid. Tapi, Alhamdulillah tak naik mencanak-canak walaupun start makan Clomid hari kedua period (28 Ogos 2013) sampai hari ke-enam period (1 September 2013), nafsu makan aku membuak-buak gamaknya. 

Status FB pada hari ke-3 telan Clomid (Note : CD4)

Entri pasal nafsu makan masa on clomid, boleh klik di sini.

Untuk rekod, ini catatan pengalaman peribadi aku, mungkin orang lain berbeza pengalaman makan pil Clomid. Empat hari berturut-turut aku tak boleh kawal nafsu dan selera makan, cuma amalan meminum air melebihi 4 liter sehari banyak membantu mengawal nafsu menggila nak mengunyah je masa tu.

CD5 (31 Ogos 2013) baru aku dapat kuatkan semangat mulakan semula regim diet sihat aku dengan ambil shake 2 kali dan makan hidangan 1 kali sehari. Nafsu makan masih ada, tapi aku distract nafsu tu dengan minum air masak banyak-banyak.

Mood swing semasa dan selepas makan pil Clomid pun boleh tahan menggila. Terlampau sensitif bila berhadapan apa-apa isu, dan paling teruk aku berselisih faham dengan hubby. Astagfirullah al azim!

Status FB lepas timbang berat badan

Nampak macam kenaikan 100gm tu sedikit kan? Lima hari aku menjaga semula regim diet, lawan desakan nafsu makan. Kalau ikutkan sangat nafsu makan, memang sah gila-gila naik berat badan masa tu.

Tapi, kesan pil Clomid tu memang buat hidup aku betul-betul kelam-kabut dan bercelaru. Aku ada baca beberapa blog yang cerita pengalaman makan Clomid, ada yang lebih kurang sama pengalaman dengan diri aku ni, terutamanya part selera makan dan mood swing tu.

Sekarang, aku tengah susah hati, ada lagi satu kitaran haid lagi yang aku perlu makan pil Clomid ni, aku takut apa yang terjadi masa kitaran kali ni berulang nanti...

4 comments:

  1. salam perkenalan :) do follow me back kalau sudi!

    ai pon makan clomid and berat badan naik but mine is worst! smpai skrg berhenti treatment sbb nk turunkan berat dulu.huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jee, Yani dah follow blog Jee...thanks for asking!
      Actually, masa mula2 start Herbalife, doktor tengah prescribe ubat hormon dan pil perancang, tapi kakak yang jual Herbalife tu ada minta tanya doktor kalau boleh stop dulu makan ubat2 hormon semua ni, sebab berat badan naik dan tak nak kompromi dengan Herbalife. Masa tu Yani takut nak stop makan ubat doktor sebab takut kena marah dengan doktor.

      Ada juga baca pengalaman org lain yg berat badan naik masa makan Clomid, dan skrg jadi kat diri sendiri! OMG....Baru tahu mcm mana rasanya food craving, dah la kalau period sure rasa nak makan je, tambah plak dengan kesan kuat ubat Clomid ni...haish!Cuma bertahan dengan diet Herbalife je skrg untuk maintainkan berat badan supaya tak melambung2 naik while consuming Clomid ni.

      Delete
  2. Tulah kan. Bahaya betul. Now tgh diet sndiri2 je. Baru nk cuba produk shaklee. Harap OK kot. Since dah tak amik clomid ni xde la craving sgt. Insya Allah semoga usaha kita sama2 berjaya!

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)