29 August 2013

CD3 : Nak Menangis Tapi...

Nak letak imej orang sedih, bila google terjumpa gambar ni...cantik la pulak. Aku dah macam kucing tu, rasa nak terbaring terlentang fikir apsal la period jadi macam ni?

29 Ogos 2013.

Nak menangis, tapi tunggu malam nanti la, ni time kerja.

CD1 flow ok. CD2 mula makan Clomid, pagi membawa ke petang, flow period agak slow. By petang nak ke malam, diam. Hari ni CD3, aku pakai pantyliner je sebab period macam dah kering. Keluar setitik kecil...je? Lepas tu diam sampai saat ni.

Serius, aku rasa nak melalak menangis dah ni.
Janganlah main-mainkan perasaan aku.
Ubat Clomid ada empat (4) hari lagi kot nak kena habiskan?

P/s: Ke sebab aku tengah stress, period takut-takut nak keluar? Eh, aku tengah stress ke sekarang ni? Eh?

15 comments:

  1. awk..sama dgn me..me pun biasa hr ke tiga x kuar period tu..pastu bru kuar balik smpai hari ke 6 or 7..tp kalo makan clomid teruskan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi, ikutkan masa period bulan puasa haritu pun ada jadi mcm ni, hari pertama period, hari kedua dia senyap dari pagi sampai malam, hari ketiga baru keluar balik sampai hari ketujuh. Clomid tu nak tak nak memang kena makan juga.....

      Delete
  2. yani.. teruskan je mkn clomid tu. xpa yani, period minimum pun sehari semalam. ada membe period heavy flow sehari je, 2 hari spotting then dia preggy cycle tu... jgn stress k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raudhah, inshaAllah...tengah cuba positifkan diri, walaupun meleleh airmata juga tengahari tadi.... :) terima kasih ye Raudhah!

      Delete
  3. yani... ada benda nak kongsi. tp nak minta maaf banyak2 dulu ye kalau yani tak suka... ni cuma pendapat saya dan nak minta pandangan yani juga..

    yani pernah dengar pasal Diet Atkins? ada group kat fb Kelab Diet Atkins.. ramai juga yg ttc kat situ. dan happynya, ramai juga yg dah preggy.. sy tergerak nak tahu lebih lanjut bila ada org up kat forum ratuhati pasal diet ni dan dia preggy..

    saya dah 2 bulan buat diet ni dan hilang 8 kg... saya faham, yani tengah berhebalife, saya cuma nak share :) dan yang ni mungkin sensitif sikit, nak minta maaf dulu ni.... :) cycle period yani kira dah cun tu... emm herbalife tu dari kacang soya kan.. dan kacang soya tu tak bagus utk ttc kan.... emmm tapi ada juga yg ttc dgn herbalife preggy kan.... lama dah nak luah kat yani, dan apa pendapat yani?

    dulu saya pernah cuba herbalife, tp tak sampai setengah botol dah stop sebab susah nak telan....

    diet Atkins ni tanpa berlapar... tanpa produk.... kalau yani dan kwn2 ttc lain yg baca komen ni senang2 la jenguk group tu kat fb... lama dah nak buat post kat blog pasal ni, tp bercinta betul nak update..

    yani............. sorry ye kalau tak suka.......huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raudhah, it's ok, Raudhah ada pendapat dan proofs yang menunjukkan diet yang Raudhah amalkan tu berjaya. Yani ambil keputusan untuk amalkan diet dengan Herbalife pun ada tujuan dan selepas dapat maklumbalas daripada dua tiga pihak, even Yani dah rujuk pada doktor.

      http://www.independent.co.uk/life-style/health-and-families/features/soya-good-or-bad-for-you-1678930.html

      Yani pun pernah google dan baca blog pengamal diet tu, mainly berjaya dan menunjukkan perubahan cara hidup yang lebih sihat....

      InshaAllah mana tahu satu hari nanti Yani terdetik nak mencuba diet yang Raudhah amalkan tu, mungkin Yani boleh bertanya dan jadikan Raudhah sumber rujukan, kan? :)

      Delete
  4. :) lega yani tak `marah`.... hehe
    xpa.. senang2 jenguk la group tu...

    insyaAllah, semoga Allah makbulkan doa kita.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak marah buat apa....masing2 ada sebab dan tujuan sendiri. Kot Yani melenting dan marah2 skrg, buatnya nanti tetiba terbuka hati nak cuba diet tu, tak ke macam menjilat ludah sendiri tu namanya, kan?

      InshaAllah, nanti Yani jenguk FB Page diet tu...dan same thing here, Yani doakan juga Allah makbulkan setiap doa kita semua..

      Delete
  5. Yani.. teruskan je clomid tu yer.. sy phn tgh on clomid ni.. tp start lambat sbb masa CD2 x sempat jumpa doc..

    yani, klu x keberatan, leh emel no fon yani? sweetbaby.cutebaby@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sizuka...Yani dah emelkan dah, boleh cek... :)

      Delete
  6. Salam perkenalkan yani..emel no wasap yani juga ke ruzannaruz@ymail.com klu x keberatan.leh kongsi pngalamn.

    ReplyDelete
  7. yani,

    yana pon tgh period..huhu.. arini CD3..smlm CD2, tgh jawab exam..boleh keluar pegi toilet, tukar pad..dah lama tak dapat heavy flow.

    xpe yani teruskan je makan clomid tu..yana pnah jugak dl ms 1st time on clomid, period slow sgt2..mkn je trus..pastu bt TVS CD 10 n CD 12.. alhamdulillah telur besar...hehe

    gud luck yani!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Yana, dear! Bila baca komen Yana tu, baru rasa bersemangat skit...inshaAllah!

      Delete
  8. Salam kwn2...sy silent reader ttc..pnh wt blog gk dlu2...tp tpksa off blik account...sbb suami x bg. Kwn2...jom kte wt group ttc d we chat...snang ckit nk share experience

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Anon...Yani baru masuk group whatsapp TTC, itu pun sebab ada rakan blogger yang ajak join.... :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)