3 Mei 2013.
Kami suami isteri mula minum susu kambing, kurma yang dicampur bersama dalam shake Herbalife pada 1 Mei 2013 lepas. Macam mana nak cakap ye? Tak pasti lah ini simptom-simpton awal minum susu kambing atau akan kekal sampai bila-bila?
- Susu kambing yang dikisar dengan kurma, buah-buahan dan Herbalife memang manis berlemak tapi bau 'kambing' masih ada, minum pun sejuk-sejuk dan kena cepat; takut tekak kembang. Sedang belajar untuk suka minum susu kambing tu :)
- Sebaik sahaja minum, kepala kami suami isteri akan jadi pusing yang agak 'mild', macam berbayang-bayang. Tapi by tengahari dah berkurangan dan hilang. Bila tanya pada member, ada yang kata susu kambing memang 'panas', takut tak serasi dengan badan. Tapi ada juga yang cakap, itu tanda-tanda awal badan nak terima susu kambing, lama-lama akan ok.
- Perut jadi mendenyut-denyut sakit (so far aku seorang je rasa, bila tanya encik suami dia kata tak de rasa macam tu pula) sepanjang hari membawa ke malam. Rasa sakit berdenyut di kedua-dua belah rahim/abdomen/perut. Akan lebih terasa sakit bila bongkok ke depan (which is akan pressure pada perut/rahim), so memang bercinta nak meniarap atas katil.
- Perut jadi senak sampai ke malam, so aku agak sukar nak menghabiskan stok air 6 liter aku by the time pukul 10 malam. Asal minum je, perut jadi mengah, senak dan sakit di ari-ari. So, memang tak de istilah tunggu pundi kencing penuh, baru nak ke tandas. Sebab bila kencing je, ari-ari jadi berdenyut-denyut.
- Hari pertama minum, aku demam panas sehari. Sms encik suami kata badan dah demam panas, dan encik suami belikan cool fever untuk isteri dia ni. Nasib baik hari kedua minum, dah tak de demam panas lagi sampai hari ini.
Member TTCians semua ada pengalaman macam ni ke masa minum susu kambing dan kurma?
P/s : Nak stop terus minum susu kambing ni rasa macam sayang pula, stok susu kambing Nubian tu masih berbaki dua botol dalam fridge sekarang ni.
chayok2x habiskan jgk susu tu..sayang ler kalo nak stop..
ReplyDeletein shaa Allah, hati berbelah bagi tapi tak elok usaha separuh jalan kan? Allah marah! Jadi kenalah tahan sakit skit, demi baby 2014..huhuhu!
Deleteyani, xde pulak.. sedap je susu kambing n kurma tu.. :)
ReplyDeleteyani boleh cuba kisar sekali dgn ais.. buat mcm milk shake..
Sizuka : memang pun yani blend dengan ais (not exactly ais, tapi air sejuk), blend plak tu dengan f1 dan f3 herbalife. maybe badan baru nak sesuaikan dengan benda baru kot? yani baru restok 10 botol susu kambing sabtu lepas, nak minum dengan encik suami untuk sepanjang minggu ini...
Delete