18 April 2013

Rebiu Artikel Dr Zubaidi Hj Ahmad Tentang Obesiti dan Kehamilan

Sumber Gambar : Google

18 April 2013.

Sumber Artikel : http://drzubaidi.com/blog/?p=3986

“Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Sehingga kini saya belum ada zuriat. Bentuk fizikal saya besar, tetapi suami normal. Saya membuat pemeriksaan dengan klinik kesihatan dan doktor mengesahkan saya normal. Cuma haid saya tidak teratur. Adakah teknik hubungan kelamin saya tidak betul? Apa patut saya lakukan doktor?”

Saya amat memahami permasalahan yang sedang dialami oleh puan. Memang agak tepat apa yang puan sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengalami ketidaksuburan. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan, keadaan ini dikenali sebagai tiada berlakunya ovulasi.

Sebenarnya seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 20 kg/m2 atau melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada seseorang wanita untuk menghasilkan telur dengan sempurna. Penurunan berat badan bagi puan amat penting sebagai langkah rawatan bagi masalah ketidaksuburan dan juga bagi menghindarkan daripada mengalami masalah lain berkaitan obesiti.

Sokongan mental, fizikal, spiritual dan juga kewangan antara suami dan isteri amatlah penting dalam menjalani rawatan infertiliti. Saya amat yakin bahawa suami puan akan bekerjasama dalam rawatan yang akan dijalani nanti. Waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan adalah setelah setahun berkahwin iaitu dalam masa itu berusaha gigih untuk mendapatkan zuriat tetapi masih gagal. Jadi amatlah elok untuk puan segera ke klinik bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Langkah pertama yang paling baik adalah berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat, penerangan berkenaan waktu subur, pengambilan penyiasatan darah hormon pada waktu tertentu seperti ujian darah bagi hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone-FSH), hormon peluteinan (luteinising hormone -LH), estradiol (E2) pada hari kedua atau ketiga waktu haid dan ujian hormon lain jika perlu.

Tentang niat untuk mengambil anak angkat, mungkin boleh ditunda dahulu. Saya agak teknik hubungan kelamin puan bersama suami sudah betul. Kalau perlu, puan dan suami boleh dapatkan buku-buku teknik hubungan kelamin yang banyak di pasaran.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tidak teratur pula perlu menjalani ujian darah tambahan bagi hormon Prolaktin, hormon tiroid dan hormon testosteron. Selepas itu, rawatan dan pemeriksaan selanjutnya akan dijalankan.

Seterusnya adalah pemeriksaan faraj bagi mengetahui saiz dan kedudukan rahim. Pada masa sama, ujian Pap smear boleh dijalankan.

Selain pemeriksaan faraj, puan perlu menjalani ujian imbasan ultrabunyi melalui faraj yang dikenali sebagai ‘transvaginal sonography’ (TVS). Tujuannya untuk mengesan sama ada rahim seseorang wanita tersebut normal atau mengalami ketumbuhan seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya selain mengetahui kedudukan rahim sama ada ke depan (anteverted) atau ke belakang (retroverted).

Saya doakan semoga cita-cita yang diidamkan oleh puan dan suami tercapai. Jangan sesekali jemu dan berputus asa, Insya-Allah akan ada sinar di sebalik impian tersebut.



Panjang artikel ni, puas hati baca.
Kadang dalam hati meronta-ronta nak tanya pelbagai soalan pada doktor klinik OnG, tapi bila dah berdepan, hilang idea nak tanya apa.

Kesimpulan artikel ni, aku ringkaskan kat sini:

a) Berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan penerangan berkenaan waktu subur, 

b) Pengambilan penyiasatan darah hormon pada waktu tertentu seperti ujian darah bagi hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone-FSH), hormon peluteinan (luteinising hormone -LH), estradiol (E2) pada hari kedua atau ketiga waktu haid dan ujian hormon lain jika perlu.

c) Jika mempunyai kitaran haid tidak teratur, perlu menjalani ujian darah tambahan bagi hormon Prolaktin, hormon tiroid dan hormon testosteron. Selepas itu, rawatan dan pemeriksaan selanjutnya akan dijalankan.

d) Seterusnya adalah pemeriksaan faraj bagi mengetahui saiz dan kedudukan rahim. Pada masa sama, ujian Pap smear boleh dijalankan.

e) Selain pemeriksaan faraj, jalani ujian imbasan ultrabunyi melalui faraj yang dikenali sebagai ‘transvaginal sonography’ (TVS). Tujuannya untuk mengesan sama ada rahim seseorang wanita tersebut normal atau mengalami ketumbuhan seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya selain mengetahui kedudukan rahim sama ada ke depan (anteverted) atau ke belakang (retroverted).


Bila dah baca artikel ni, baru aku nampak gambaran step-by-step prosedur yang aku kena lalui lepas ni memandangkan masalah aku lebih kurang sama dengan orang yang bertanya soalan dengan Dr Zubaidi Hj Ahmad ni. Obesiti dan penyakit-penyakit lain. Since, sejak awal aku rujuk doktor OnG, inilah perkara pertama yang disebut. Kurangkan berat, kurangkan berat dan kurangkan berat.

Jadi nampakkan kenapa aku berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal selama ini? Sebab aku tahu, selagi mana aku masih dengan berat badan dulu (80.6kg), agak sukar untuk aku meneruskan usaha aku untuk hamil. Bukannya aku kata, orang yang berlebihan berat badan ni tak boleh mengandung, ada je yang berbadan besar mengandung dan ada anak. Tapi, banyak faktor-faktor lain yang bersangkut paut dengan isu berat badan ni terutamanya kehamilan. 

Masa pergi berurut dulu pun, nenek tu cakap lemak banyak sangat kat perut aku ni, payah nak jumpa tempat penting nak tekan dan urut. Bila banyak sangat lemak degil duduk di sekeliling dinding rahim, menyusahkan proses pensenyawaan. Tiub rahim terkelepet belakang lelemak tu, jadi air mani setakat bertakung dan tak masuk sampai ke dalam, tu yang boleh sampai meleleh keluar balik. 

Nanti ada yang tanya aku, ada je orang yang berat badan normal tak mengandung-mengandung pun? Period datang setiap bulan, suami pun tak bermasalah? Itu kes lain, tak boleh nak samakan dengan kes aku. Mungkin dari segi berat badan mereka tiada masalah macam aku ni, tapi mungkin ada masalah lain yang kita tak tahu kan? Rezeki kesihatan masing-masing tak sama. Selagi mana boleh diselesaikan, kita cuba selesaikan; kena usaha lebih sedikit. Macam aku, kena usaha dari segi kewangan dan masa, untuk dapatkan berat badan yang sesuai. Siapa yang tak sayang duit, tapi kalau duit menimbun dalam akaun bank pun, tapi masalah kesihatan tak selesai, tak guna juga.

12 comments:

  1. mungkin belum ade rzeki lg tu..m3h pun ade sorng adik yg dah 4thn kawen,masih belum ade ank lg..dua2 berbadan besar.dah cek klinik..semua normal xde masalah..tu la mugkn belum ade rzeki lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, selalu Yani cakap pada diri sendiri, mungkin rezeki zuriat belum sampai (tengah belajar untuk ubah cara mentaliti dan cara jawap bila org tanya "Bila nak berisi?" dari "Takde rezeki lagi" kepada "BELUM ada rezeki lagi", sebab apa yang kita cakap/sebut tu kan doa?

      Delete
  2. Sama mcm sy...susah nk trunkn brt. Byk kne korban...trutma dr segi pmknan. Totally change!! Snaman pula jgn dilupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Anonymous (kan best kalau tahu nama...huhu!)...betul tu, banyak kena korbankan untuk kebaikan diri sendiri pada masa akan datang. Yani setkan dalam otak, makanan boleh dapat bila-bila masa, cuma skrg kena fokus untuk turunkan berat badan. Mungkin lambat nak turun tapi sekurang-kurangnya ada usaha ke arah itu, kan?

      Delete
  3. Asiyah...:)
    Sy joging dkt sthn....tp bkn hari2...byk jgk miss ats fktor cuaca,bln pose..trun dlm 3kg je..huhu. Kalu nk dptkn bmi ideal kne kurg dlm 20kg..mmg kne kje kras. Wat ms ni mmg xleh pk sgt hal ank...trget trun brt dlu..huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke...Asiyah punye target turun berat badan tu lebih kurang sama banyak dengan target Yani la....mcm Yani, dulu berat badan 80.6kg, doktor suruh turunkan sampai dapat berat badan ideal. Ikutkan ketinggian Yani ni, berat paling ideal 43.0kg,dan paling berat pun (sebelum masuk kategori berat badan berlebihan) adalah sebanyak 53.0kg kalau tak silap...so kena turun dalam lebih kurang 27.0kg...Yani tak target berat badan 49.0 ke bawah sebab macam tak tercapai dek akal je + makan tahun nak turun tu....

      Asiyah ada cuba apa-apa produk untuk bantu turunkan berat badan tu? Ke memang totally bersenam dan kawal makan?

      Delete
  4. Brt kte lbh kurg. Sy kne kurg jd 60kg. Nk cntk lg 55kg. Sayup je mata tgk nk cpai angka tu...hehe.Sy x ambil sbrg ubt krus...skrg tgh amalkn vitamin shaklee. Yani ada sbrg mslh ksbrun x? Sy dh kawin sthn stgh...tp xpnh lg jmpa pkr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang ada masalah kesuburan, sebab tu jumpa doktor klinik OnG untuk tujuan betulkan period. Sekarang berat badan Asiyah berapa ye? Kalau sudi share kat sini...

      Yani dah kawin dekat 3 tahun, masih belum hamil. Tu yang usaha nak turunkan berat badan ni.

      Delete
  5. Asal brt 80. Bln lps tmbg 77. Alhamdulillah dpt jgk rs kslesaan wlupn trun skt je. Tgh usahakn lg ni... Brt yani skrg brpa? Dlu ms kt u brt xsmpai pn 60kg. Akibt x jga mkn n stress brt jd naik mlmpau..stp thn brt naik brkilo2 smpai xbrani nk tmbg dh. Lps pd tu period tungang langang..huhu. Brbln2 xdtg bln..tp sy xpnh mkn ubt klnk. Ambil suplmt je n biarkn dia kuar sndri..jlani rutin harian cm biasa. Kes yani plk cmne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat terkini 64.0kg (timbang minggu lepas). Yani memang dari kecil jenis badan besar, lepas kawin makin naik berat badan sebab makan pil hormon dan pil perancang. Jadi, nak tak nak memang makan Herbalife utk bantu turunkan berat badan walaupun tak de la laju mcm org lain turun berpuluh kilo dalam beberapa bulan je. Yani makan setahun lebih baru dapat turun ke 64.0 kg ni.

      Yani start jumpa doktor OnG 5 bulan lepas kawin walaupun selalunya doktor nasihatkan datang jumpa lepas setahun lebih berkahwin. Sebab Yani tahu Yani memang bermasalah dari sebelum kawin.

      Delete
  6. Wah...thniah ye brjya trun dgn byk skali. Cpt @ lmbt xpntg...jnji slmt. Sy pn nk kuatkn lg azam untk krus. Smoga Allah prkenankn doa yani n suami untk dpt zuriat..amin. Doakan la sy brjya cpai impian sy jg ye...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asiyah, inshaAllah...doa untuk kita TTC sentiasa dalam doa Yani setiap hari...cepat lambat semua dalam pengetahuanNya, kita usaha semampu yang boleh....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)