08 April 2013

Mak : Tebuk Di Leher


8 April 2013.

Baru balik dari jenguk perkembangan mak.
Apa-apa yang berlaku, aku update di FB, untuk maklumkan progress mak pada adik beradik yang duduk jauh. Kat Melaka ni, empat adik beradik duduk di sini. Tiga orang duduk rumah masing-masing, dah berkeluarga. Aku dan encik suami duduk serumah dengan mak. Dua lagi adik beradik (paling tua) duduk di luar Melaka. Penghubung kami adalah telefon dan juga media sosial FB.

Siapa yang sempat, dan dapat curi masa keluar sekejap jenguk mak, jenguklah.
In shaa Allah, untuk diri aku, tidak ada alasan untuk kata "Kalau sempat". Aku lebih sanggup berada di wad jenguk mak daripada terperuk di rumah. Demi Allah, aku sunyi sekarang ni dengan ketiadaan mak kat rumah. Aku jadi hilang arah. Orang yang paling aku sayang tak ada depan mata, macam mana aku boleh balik rumah dengan senang hati?

Sampai di parkir pejabat tadi, aku menangis dalam kereta. Aku teringatkan mak, teringat wajah lesu mak. Siapalah anak yang nak tengok mak sendiri bertebuk sana-sini di badan? Tapi, kalau itu yang terbaik untuk kesihatan mak sekarang ini, aku redha asalkan mak makin stabil. Aku tak tahu nak mengadu pada siapa. Aku telefon encik suami, aku cakap sepatah dua, aku dah teresak-esak menangis. Menangis sahaja cara aku luahkan isihati aku saat ini. 

4 comments:

  1. Abah ida masih cuci guna tapak kat leher. kat tangan hari tu dah operate. hmmm.. same kita. harap kita bertabah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So, mak Yani pun lebih kurang macam Abah Ieda la nanti kan? In shaa Allah Ieda, kita semua kena tabah untuk kekuatan mak ayah kita. Kalau kita sedih/nampak lemah semangat depan diorunk, diorunk lagi lemah nanti.

      Delete
  2. sama la kes kite bertiga..abah sy pun kena buat fistula (tapak) 23/4 ni..then dialisis 3x sminggu..hope semuanya ok..sama2 kite doa utk kesihatan mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Anna, sama la kita bertiga ni. Yani harap sangat mak Yani tak perlu sampai kena buat dialisis 3 kali seminggu tu. Tadi mak siap mengadu, sakit lengan sebab asyik kena cucuk ambil sampel darah je. Sedih hati tapi cakap kat mak, dah itu prosedur nak buat macam mana lagi?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)