10 April 2013

CD75 Atau CD25 : Kitaran Period April 2013

10 April 2013.

CD1 untuk kitaran period bulan ini.
Alhamdulillah walaupun ada rasa terkilan, breast pain dah hampir hilang/ tiada, barulah Puan P sampai. Breast pain mula terasa sejak 3 April 2013, hari yang sama aku sibuk menguruskan mak admit ke GH Melaka. 

1) Kalau period pada 6 Mac 2013 tempohari tak dikira sebagai haid, 16 Mac 2013 merupakan CD50 / CD1.

Atau

2) Kalau period pada 6 Mac 2013 tempohari dikira sebagai haid (CD1), 16 Mac 2013 merupakan CD1 pada CD11?

Aku pun tak tahu nak define berapa CD kitaran lepas sebab dua kali period dalam sebulan. 6 dan 16 Mac 2013, yang pasti dua kali dan dua hari sahaja. Yang baki-baki cuma brown spotting. Tak pasti sama ada kitaran aku bulan lepas adalah CD75 atau CD25?

P/s: Mak masuk bilik OT jam 9 lebih pagi tadi. Setakat waktu ini masih belum keluar dari bilik OT. Mohon doakan kesihatan mak dan pembedahan berjalan lancar. Dua tiga hari ini airmata aku tumpah tak tertahan.

P/s: Pengakuan ikhlas, dua tiga hari ni aku asyik nak mengunyah je. Tak tertahan-tahan. Sungguh fail diet aku seminggu dua ni. Paling best, malam tadi aku mengunyah popcorn atas katil sebelum tidur. Sila salahkan hormon nak period. ;P

3 comments:

  1. semoga emak yani cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  2. sabar ye yani......... smoga dipermudahkan segala urusannn ;))

    ReplyDelete
  3. semoga segalannya dipermudahkan Nya

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)