29 March 2013

Herbalife : Berat Badan 3 Hari Sebelum Berakhirnya Mac 2013



29 Mac 2013.

Syukur, Alhamdulillah!

Jom tengok bacaan berat badan aku tiga (3) hari menjelang berakhirnya bulan Mac 2013 ini. Ikutkan hati, aku nak timbang pada hari Ahad (31 Mac 2013), tapi hari cuti kot? Nak timbang celah mana pulak kan? Takpe lah, sekurang-kurangnya aku ada gambaran awal anggaran berat aku sebelum jumpa doktor awal bulan April ni nanti.

Bulan April adalah bulan paling kerap bertemu doktor. Awal dan hujung bulan. Berat badan masa jumpa doktor OnG awal bulan Januari lepas adalah 71.1kg. Kalau berdasarkan berat badan terkini, ada penurunan sebanyak 3.4kg dan lebih, In shaa Allah.

Untuk rekod, bacaan timbang pada 26 Mac 2013 tempohari adalah 68.1 kg. Bermaksud dalam tempoh tiga (3) hari, ada penurunan sebanyak 0.4 kg. Penurunan yang beransur-ansur memandangkan balik ke Melaka, pengambilan air aku lebih konsisten berbanding semasa di Sabah tempohari. Bacaan peratus lemak dalam badan turun, peratusan air dalam badan kekal naik dan kadar lemak visceral tak berubah.

Ini bermakna penurunan keseluruhan setakat hari ini adalah sebanyak 12.9 kg sejak aku mula amalkan Herbalife. (Note: Berat sebelum amalkan Herbalife adalah 80.6kg pada 15 Jun 2012).

4 comments:

  1. ske tgk yani punya progress...
    diri sndiri puya progress makin mengembang.. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue : Jangan risau, in shaa Allah kena usaha skit! Yani sekarang fokus pada kesihatan diri, lepas tu baru fikir pasal zuriat. Badan kena sihat, untuk diri sendiri dan baby dalam perut.

      Delete
  2. Replies
    1. Puan K: Haipp, takmo macam tu! Anggap je mcm motivasi.... :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)