26 March 2013

Herbalife : Berat Badan 26 Mac 2013


26 Mac 2013.

Selamat sampai di rumah Melaka jam 9.40 malam.
Letihnyer, sleepy-headed.
Dari Sabah, dah cuak...mesti naik berkilo-kilo ni! Bawa bekalan Herbalife bersungguh, konon nak ikut regim biasa; dua kali shake dan satu kali makan.

Bila dah di sana, hanya dapat bershake 4-5 kali sahaja, bakinya lebih banyak makan.
Itu pun kurang minum air (tak sampai standard sehari 8 liter, hanya dapat consume 3-4 liter sahaja). 
Aku perasan, bila kurang minum air, warna urin jadi kuning (sorry to say, had to explain), jadi aku push diri borong air mineral banyak-banyak, untuk kami suami isteri sepanjang hari.
Mesti cleaner kat hotel Kundasang dan KK pelik, kenapa berbotol-botol air mineral ada dalam tong sampah, sedangkan dalam bilik tu ada dua orang je. Haha~

Lebih banyak bergantung pada aloe, teamix dan TC formula. Lepas makan, terus bilas dengan aloe dan teamix. Memang kat Sabah aku kawal makan, tapi dalam kawal-kawal pun, terpaksa juga makan bila dah keluar beramai-ramai kan. Tak seronok kan, pergi bercuti jauh-jauh tapi kena kawal makan? Tak apa, pujuk hati, cakap ini semua untuk kebaikan diri sendiri. 

Ok la, berbalik pada bacaan timbang berat aku hari ini. Gigih tu, whatsapp rakan Herbalife pagi-pagi, minta bawa penimbang ke pejabat. 

Alhamdulillah!

Untuk rekod, bacaan timbang pada 20 Mac 2013 tempohari adalah 68.2 kg. Bermaksud dalam tempoh enam (6) hari, ada penurunan sebanyak 0.1 kg. Kira turun la jugak daripada takde langsung, kan?...huhu~ Bacaan peratus lemak dalam badan turun, peratusan air dalam badan kekal naik dan kadar lemak visceral tak berubah.

Ini bermakna penurunan keseluruhan setakat hari ini adalah sebanyak 12.5 kg sejak aku mula amalkan Herbalife. (Note: Berat sebelum amalkan Herbalife adalah 80.6kg pada 15 Jun 2012).

Status di FB (Sabtu 23/03) : Shake dengan buah-buahan sedap malam ini...back to normal routine!

Status di FB (Ahad 24/03) : Shake lagi pagi ini dengan campuran strawberry, kurma dan honeydew bersama F1 Tropical Fruit serta F3, berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu...nyum nyum....

Ingat tak aku pernah sebut dalam entry lepas...


P/S : Ini berat sebelum ke Sabah esok, in shaa Allah......5 hari 4 malam di sana, balik nanti kita timbang balik ye? Kalau berat badan turun...wowzer! Kalau berat statik dan maintain...yeszaaa! Kalau berat naik mencanak.....my bad!! Hehe~

Hehe......jadi, perkataan yang sesuai untuk berat badan lepas balik dari Sabah ini adalah....WOWZER & YESZAAA!

6 comments:

  1. Heheehee. Ida try untuk minum 8liter.. Sokmo kandas 3liter je mampu.. tapi cukup untuk badan dan urin tak kuning, kire ok lah kan? hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ieda : Tu depends pada berat badan kita sebenarnya. Macam Yani kan lebih berat dari Ieda, jadi keperluan air dalam badan lebihlah.....So far, Yani boleh minum 8 liter konsisten, dulu 2 liter pun susah nak habis.

      Delete
  2. Chaiyokkk yani...jnji ade trun..hehe..

    yani, penimbang tu brand ape ek? best la dapat timbang sume..yana tgh nk cr penimbang digital..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~LeeyanaRadhi~ : Yup, asalkan turun kan? Biar turun sedikit dari naik mendadak. Pagi tadi timbang pakai penimbang kat rumah, macam tak percaya tak naik berapa gram pun dari berat sebelum ke Sabah. Bila timbang di pejabat dengan penimbang Herbalife tu, baru lega hati.....puhh!!

      Penimbang yang Herbalife guna brand Tanita, harga RM300++, sangat accurate dan banyak features untuk monitor tubuh badan kita, well-recommended!

      Delete
  3. Salam. Kat mana ye boleh dapatkan penimbang innerscan tanita tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba cari di kedai Fitness Concept....mungkin ada version lebih baru dari yang ini.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)