Alhamdulillah, ada perkembangan positif minggu ini walaupun nampak sedikit pada mata kasar.
Untuk rekod, bacaan timbang pada 15 Mac 2013 tempohari adalah 68.4 kg. Bermaksud dalam tempoh lima (5) hari, ada penurunan sebanyak 0.2 kg. Kira turun la jugak daripada takde langsung, kan?...huhu~
Ini bermakna penurunan keseluruhan setakat hari ini adalah sebanyak 12.4 kg sejak aku mula amalkan Herbalife. (Note: Berat sebelum amalkan Herbalife adalah 80.6kg pada 15 Jun 2012).
Seronok sebab:
(1) - Peratusan Lemak turun. Sebelum mula makan Herbalife, peratusan lemak adalah sebanyak 47.6%, sekarang dah 40.8%.
(2) - Peratusan air dalam badan makin naik. Sebelum mula makan Herbalife, peratusan air adalah sebanyak 38.3%, sekarang dah 43.3%.
(3) - Bacaan muscle mass meningkat apabila berat badan turun. Ikutkan itu yang sepatutnya berlaku.
(4) - Bacaan visceral fat sudah dua minggu berada dalam bacaan 8. Sebelum mula makan Herbalife, bacaan visceral fat adalah sebanyak 11, sekarang dah 8.
P/S : Ini berat sebelum ke Sabah esok, in shaa Allah......5 hari 4 malam di sana, balik nanti kita timbang balik ye? Kalau berat badan turun...wowzer! Kalau berat statik dan maintain...yeszaaa! Kalau berat naik mencanak.....my bad!! Hehe~
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)