18 February 2013

Masih Hangatkah Kami Berdua?

18 Februari 2013.

Hujung minggu baru-baru ni, menghadiri majlis perkahwinan sepupu lelaki sebelah suami, di Felda Palong 3, Gemas. 3 hari berkepit dengan encik suami, 24 jam. 

Jumaat petang, selepas Asar, majlis pernikahan sepupu lelaki suami. Kami dua tiga keluarga ditempatkan di salah sebuah homestay di Felda Palong 3 (dengar cerita ada 2 buah rumah homestay sahaja di Felda Palong 3 ni), kebetulan rumah yang kami duduk berdekatan dengan rumah pengantin perempuan, jalan kaki sahaja untuk ke sana.

Ceritanya, masa jalan kaki beramai-ramai untuk ke majlis nikah tu, kami berdua berjalan di belakang mak dan ayah mertua, dan di depan adik beradik ayah mertua. Kami ni biasanya bila berjalan berdua, macam biasalah tangan akan automatik bertaut, ulit-ulit jari bersama. Macam orang bercouple tu la. Suddenly, makcik saudara suami bersuara dengan nada bergurau, memotong kami dari belakang dan cakap "Masih hangat lagi ke pengantin ni (merujuk kepada kami)?"

Aku dengan suami sengih dan gelak je, aku perasan genggaman jari suami aku makin kuat lepas soalan itu diajukan pada kami. Alhamdulillah, kami berdua melihat soalan yang diajukan dari sudut yang positif, tak de fikir yang bukan-bukan. Dan jawapan kami sepakat, kami masih hangat dalam segala segi, lagipun usia perkahwinan kami baru mencecah 2 tahun 3 bulan. Masih banyak benda yang kami sedang belajar tentang satu sama lain. 

Kami masih hangat, in shaa Allah selagi Allah meredhai hubungan halal kami ini

Lelaki yang sedia berkongsi tangisan dan setiap ujian kehidupan kami bersama, yang spontan menitiskan airmata saat aku tanya jika aku pergi dahulu sebelum dia.  

Lelaki yang aku sanjungi, yang aku cuba setiap hari terima setiap kelebihan dan kekurangannya semenjak dia melafazkan akad nikah ke atas diri aku....(p/s : Gambar ni diambil masa lepas majlis nikah sepupu lelaki suami, aku duduk berdepan dengan suami, main mata dengan dia, tetiba rasa "handsomenya suami aku ni", terus snap gambar dia....gile puji suami sendirik!)

6 comments:

  1. alhamdulilah,semoga sampai bila2 pun camtu.eka pun harap benda yg sama. sbb eka dgn suami pun camtu.kadang takut gak org tak senang.ye la... hati org kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. eKa,

      Kalau nak fikirkan pandangan org terhadap kita, sampai bila pun tak pernah yang memuaskan hati org. Kita belajar jadi diri kita sendiri.

      Delete
  2. Salah satu hikmah ttc ni, Allah nak kita lg rapat with each other n lebih undestanding...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet Tooth,

      Betul tu, Allah bagi kita peluang untuk mencintai pasangan kita sebanyak yang boleh, mana tahu dah ada zuriat nanti, cinta dan kasih sayang nak dibahagi pula antara zuriat dan suami.

      Delete
  3. salam boleh saya dapatkan contact no homestay di felda palong 3 tu tak..akan ke sana on june..dah pening mencari homestay or hotel..semua jauh...tk atas kerjasama puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salina Salehan a.k.a iena chomey :

      Nasib baik Yani masih simpan gambar homestay tu dalam hp..huhu~

      Ini infonya....Rumah Tumpangan Sementara (Ibrahim Yaacob & Rokiah Binti Md Din), 234, Blok 16, Jalan Bunga Ros (F), Palong 03. Nombor Telefon : 017-3036156 / 017-6706850.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)