Sabtu malam, encik suami balik awal sempena CNY Eve. Memang tak sangka sebab selama dia kerja di situ, memang tak pernah dapat cuti CNY walaupun owner syarikat tu Chinese Singaporean. Ntah apa mimpi ntah bos Singapore dia tu. So, malam tu makan malam dengan encik suami di luar.
Puas round sepanjang Pantai Puteri, kebanyakan kedai makan penuh. Sampai aku dah naik fedup dan ajak encik suami balik rumah je, jam pun dah menunjukkan lebih 9.00 malam. Nasib baik ternampak satu kedai makan tomyam Kelantan, terus ajak encik suami singgah.
Tengah makan, ada kucing jantan dok usha kami dari bawah meja. Tak berbunyi langsung macam kucing-kucing lain, tapi dok renung kami bergilir-gilir. Bila encik suami letakkan ketulan kecil ayam, dia pandang je lepas tu sambung renung kami. Agaknya dia tengok kami melayan dia, tetiba dia dah letak tangan kat celah kaki encik suami nak panjat. Sudah lebih ini kucing.....
Dah lepas mengade-ngade dengan encik suami, kucing ni terus lompat atas riba aku, siap duduk macam aksi nak tidur. Gelak je encik suami tengok aksi kucing tu. Encik suami siap bisik nak bawa balik kucing ni sebab nampak manja je. Ohhhh..no no no! Manja-manja setakat di sini sahaja, jangan nak lebih-lebih bawa balik. Tak kuasa nak bela kucing bagai sekarang ni. Sampai balik rumah encik suami dok ulang sebut pasal kucing tu, aku saje buat buta hati. Heh!
jinak kucing ni...
ReplyDeleteUmaira Umar, memang jinak...takpe la, dia duduk kat kedai tu dapat makan hari-hari.
Deletehahahha... i pun x bela kucing... bukan apa...i takut nak bela2 binatang sbb bila dia mati nanti i over sedih. huhuhuu
ReplyDeleteSweet Tooth, sama la kita.
Deletekalau ida ni, gerenti terus ida bawak balik rumahhh.. takleh tngok, sedihhhhhh
ReplyDeleteHehe....bukan tak kesian kat kucing ni Ieda, tapi hati belum terbuka lagi...
Deletehehe..manjanya kucing camni, sue pun pnah gak terpikir nak bwk balik jmpa kucing camni, tapi takut dia kebulur plak,baik duk kat restoran, byk makanan..hehe
ReplyDeleteSue: Haaa....sama pemikiran kita. Kalau kat rumah yani, in shaa Allah x kebulur tapi takut tak terjaga. Dah la Yani kerja pagi balik malam.
Delete