29 October 2012

Soalan Cepumas AidilAdha


Macam mana raya Aidiladha korunk? Meriah?

Untuk aku, boleh lah. Satu hari beraya di Seremban dengan encik suami. Kalau ikutkan, hari Khamis encik suami dah mula bercuti. Tapi isteri dia ni, boleh pula terlupa nak mohon cuti awal, sibuk dek kerja-kerja di pejabat. Hari selasa baru teringat encik suami akan mula bercuti hari Khamis, apa pun tak boleh. Pendek cerita, Khamis malam baru bergerak balik dari Melaka.

Pagi raya tu, alhamdulillah dapat peluang bersolat hari raya dengan mertua dan encik suami di masjid dalam kawasan Taman Bukit Chedang. Balik ke rumah, makan segala macam juadah yang mertua dah siap masak dengan kakak ipar sejak petang Khamis. Lepas tu, tunggu famili pakcik-pakcik encik suami datang beraya ke rumah mertua. Aku dah awal-awal ambil best spot aku; sinki dapur. Aku sibukkan diri membasuh pinggan mangkuk di dapur. Strategi menggelak dari dijadi bahan pertanyaan soalan cepumas.

Agak-agak korunk terlepas tak kami suami isteri daripada soalan cepumas tu?

Tak dapek! Haha...elak punya elak, kena juga walaupun sekadar tempias. Yang mula-mula kena, encik suami la. Tengah-tengah menghidang makanan (aku kat dapur tapi masih boleh dengar apa yang dibualkan di ruang makan), encik suami kena tembak satu soalan.

“XX (nama panggilan suami aku kat rumah), mana baby, XX?”

Encik suami gelak je lepas tu jawap, “Belum ada lagi”

Pergh. Aku dah hilang mood dan-dan tu juga. Dah rasa malas nak ke depan, lebih baik aku memerap je kat dapur. So, sampai famili pakcik encik suami nak bergerak balik, baru aku tunjuk muka bersalaman. Ok, fine. Aku ingatkan habis setakat tu je.

Petang tu, mertua ajak beraya ke rumah sedara. Aku yang dah kemalasan ikut juga la encik suami, memandangkan niat asal kami nak keluar cari tempat makan nak sambut ulangtahun perkahwinan dan hari lahir encik suami di sekitar Seremban sebelah malam nanti. Masa tengah duduk-duduk menonton tv, ada la hamba Allah duduk rapat sebelah aku, dengan nada berbisik, tanya soalan cepumas pada aku.

“Merancang ke?”

Aku macam blur sekejap tapi cepat-cepat aku jawap “Eh tak la, tak merancang pun”

“Oh ye ke, takpelah, belum ada rezeki lagi la ni ye” balas hamba Allah tu.

Aku gelak tapi dalam hati rasa macam baru kena cubit kat lengan. Huhu....kena juga akhirnya aku mengadap soalan cepumas ni.

Balik tu, masa baring-baring dengan encik suami, aku borak-borak dengan encik suami pasal soalan cepumas tu. Alahai....nasib baiklah encik suami pandai tackle balik mood isteri dia seorang ni, jadi aku tak de la down sangat. Thanks sayang!

2 comments:

  1. susah nak elak soalan cepu emas ni yang.utk sedapkan hati, kita anggap saja mereke mengambil berat ttg kita... teheheh

    ReplyDelete
  2. Ida tak kene soalan cepumas tu.. Sbb ida beraya dengan family ida... hikhikhik...... Tak jumpa sedara mara yang lorat tu! ;p

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)