Pagi ni masa BW blog member-member, kebetulan ramai yang sentuh bab kebaikan kemesraan antara suami isteri dalam kehidupan berumahtangga.
Sumber Gambar : Blog Zana
Dulu, masa awal-awal kahwin, hampir 5 bulan duduk berjauhan dengan encik suami. Seorang di Seremban, seorang di Melaka. Berjumpa pun sekejap je, petang Jumaat aku dah bergerak balik Seremban dari pejabat, dah sampai rumah mertua, kena tunggu encik suami balik kerja sampai rumah lewat malam. Pagi Sabtu dah kena tinggal balik, encik suami pergi kerja (syarikat swasta) di Kuala Lumpur, tinggal la isteri terkapai-kapai seorang di rumah mertua (huhuhu) sementara tunggu encik suami balik kerja dekat-dekat jam 11 malam. Ahad pagi pula dah kena bersiap-siap balik Melaka semula. Dapat bersarapan gitu gini, gerak keluar rumah serentak dengan encik suami (seorang masuk highway ke utara, seorang menuju ke selatan), dan-dan lepas tol Seremban, dah meleleh-leleh airmata sambil memandu. Oh...tak sanggup nak ingat, apantah lagi nak ulang pengalaman yang sama! Macam tu lah pengalaman duduk berjauhan dengan encik suami sebelum encik suami dapat berpindah ke Melaka bila syarikat dia buka cawangan baru di Melaka.
Masa dapat tahu tu, hanya Tuhan jer la yang tahu betapa gembira dalam hati dapat duduk bersama dengan encik suami macam pasangan lain. Sedih ok, ahad malam hingga khamis malam tidur sorang-sorang. Peluk bantal je. Sob sob....Jadi, bila dapat jumpa encik suami jumaat malam sabtu (terlepas malam jumaat, what to do? Hehehe), kiranya bantal-bantal dah tak laku la untuk dipeluk. Kita tolak (read: campak) bantal jauh-jauh. Apa barang nak peluk bantal kalau ada bantal peluk gebu yang sangat best, sedia dipeluk dan memeluk? Hahaha....
Petikan adegan dalam filem Titanic, sweet kan?
Teringat satu adegan dalam filem Titanic yang mana ada satu pasangan warga emas yang berpelukan di atas katil saat kapal Titanic dah mula tenggelam. Haish.....harap-harap kami berdua akan kekal romantik macam tu sampai hujung nyawa kami berdua. Amin!
Dapat peluk macam ni pun best juga....hmmm...
Atau macam ni ke...erk!
Alahai... tapi takpe, skrg hari hari boleh peluk ye! =)
ReplyDeleteAlahai... tapi takpe, skrg hari hari boleh peluk ye! =)
ReplyDeletedugaan di awal perkahwinan yer.. cian dia.. xpe yunk,s ekarang dah boleh peluk hari2 kan?? setiap hari adalah malam jumaat eh?? ahhaha...
ReplyDelete