Dalam hati tengah gembira, seronok, lega..semua ada.
Sebab apa? Sebab berat badan dah kembali ke berat dua tiga hari sebelum raya tu.
Sekarang kan tengah amalkan produk Herbalife, sejak pertengahan bulan Julai, berdikit-dikit mengawal dan menurunkan berat badan, salah satu langkah nak mudahkan urusan TTC aku.
Dua tiga hari sebelum raya, berat turun kepada 76.8kg.
Hati dah berbunga-bunga, tak sia-sia kawal makan masa bulan Ramadhan.
Seminggu berhari raya, berat naik sedikit 1.2kg.
Jadinya berat lepas raya sebanyak 78.0kg, kakak dealer Herbalife tu kata itu normal, semua customer dia memang ada mengadu masa hari raya agak sukar nak kawal selera makan, terutamanya bila makan siang malam ketupat, rendang, lemang, kuih muih raya dan macam-macam lagi la. Kira kalau dapat maintain berat badan sebelum raya sama sampai lepas raya memang hebat sangat la tu. Aku ni boleh dikatakan bukan main berjaga-jaga masa minggu pertama raya tu, makan bersukat, minum pun bersukat, pun naik sekilo lebih. Kalau tak kawal dan ikut tekak je, mau naik lebih dari itu rasanya.
Minggu lepas, minggu datang bulan.
Jadinya, walaupun timbang berat badan, bacaan tak berapa betul, sebab faktor hormon, berat akan naik sedikit sebab badan tengah bloated. Kebetulan, tempat yang aku selalu timbang (Econsave) selain rumah kakak delaer Herbalife tu, mesin penimbang dia rosak. Jadi, tak ada rezeki nak timbang berat.
Sampai la tengahari tadi, aku sms akak tu, tanya kalau dia free masa waktu rehat tengahari. Dia balas balik, ok tak ada masalah kalau nak datang. Berdebar-debar bila nak naik atas mesin tu, jangan la berat tak turun-turun...aduh! Tengok-tengok, berat turun kembali pada berat sebelum raya tu, 76.8kg! Alhamdulillah....
Kalau ikutkan, masih ada 3 minggu lagi sebelum temu janji dengan doktor pakar OnG, GH Melaka pada 5 Oktober nanti. InsyaAllah, harap-harap boleh turun lagi berat badan walaupun tak banyak. Kakak dealer Herbalife tu ada minta cakapkan pada doktor, kalau boleh tangguh dulu makan ubat-ubat hormon yang aku consume selama ni, sebab dia rasa berat badan aku lambat turun mungkin berpunca dari faktor pemakanan ubat hormon. Entah la, aku tak berani nak pandai-pandai berhenti makan ubat hormon tu, nanti period tak datang lagi macam dulu. Apa-apa pun, semangat kena kental, just fikir nak turunkan berat badan untuk kesihatan diri sendiri.
betul tu...turun berat badan bkn hanya utk nk pregnant kn tp utk sihat...herbalife mmg bagus..
ReplyDeleteanna: yup....insyaAllah, semoga Allah permudahkan usaha yani nak turunkan berat badan ni....
ReplyDelete