20 September 2012

Cameron Highlands Lagi?

Ahad lepas, aku berempat dengan encik suami, mak dan anak buah naik Puncak Alam untuk menghadiri rumah terbuka Kak Long aku. Dah alang-alang hari Isnin cuti sempena Hari Malaysia, aku memang dah rancang awal-awal untuk bawa mak jalan-jalan  bercuti ke Cameron Highlands lagi. Naik semalam je, pergi hari Isnin, Selasa dah turun balik.

Tak timbul isu muak atau jemu setiap kali kami merancang untuk pergi bercuti ke sana. Tahun ni je dah masuk dua kali kami naik ke sana, dalam jarak masa yang dekat pula tu. Yang pertama pada awal bulan Mei yang lalu selepas menghadiri majlis perkahwinan juruteknik aku di Kedah, dan bulan September ini kami sampai sekali lagi ke sana.

Disebabkan dah banyak kali ke Cameron Highlands, aku tak fokus sangat nak berjalan-jalan kat atas sana, cuma nak merasakan ketenangan dan kedinginan di atas sana. Bajet percutian 1 malam di Cameron kali ini aku cuma sediakan sebanyak RM1K sahaja merangkumi:

1) Penginapan di banglo English Cottage di Taman Agroteknologi MARDI, Tanah Rata - RM350/malam (harga cuti umum)
2) Kos minyak dan tol - RM200
3) Belanja makan, membeli belah - RM450

Seawal pagi jam 8.30 pagi kami dah keluar dari rumah, menuju ke  BOH Tea Centre, Sungei Palas. Bagi yang tak tahu, tempat ini ditutup hanya pada hari Isnin, hari lain dibuka. Pertama kali dulu datang sini, kecewa sangat-sangat sebab dah separuh jalan menuju ke sana, baru perasan papan tanda tertulis "Tutup pada hari Isnin"-masa tu kami naik Cameron hari Isnin. Jadi, sekarang memang ingat sampai bila-bila..huhuhu!



Sampai di  BOH Tea Centre Sungei Palas ni agak awal juga la, sekitar jam 9.00 pagi. Kaunter pun belum dibuka lagi, hehe. Tapi dah ada satu dua famili bangsa Cina yang dah sampai dahulu dari kami, jadi kami berehat-rehat dahulu sambil menikmati pemandangan berkabus dan dingin dari balkoni terbuka. Sebaik sahaja kami mula bersarapan, barulah makin ramai pelancong sampai di  BOH Tea Centre tu. Nasib baik....

Berjalan-jalan di sekitar kawasan BOH Tea Centre, tak banyak membeli stok teh memandangkan stok di rumah masih banyak lagi. Sempat juga la bawa mak jalan-jalan di dalam kilang pemprosesan teh. Sebaik je masuk ke dalam kilang tu, bau aroma teh menusuk ke dalam hidung....harum sangat!

Kebetulan masa kami datang, proses memetik daun teh baru selesai, jadi tak dapat la tengok pemandangan menghijau macam selalu. Tapi ada kawasan yang masih menghijau, mungkin proses memetik daun teh dilakukan secara berperingkat.

Dalam perjalanan balik untuk check-out jam 12.00 tengahari, sempat singgah di Kea Farm. Disebabkan hari Selasa kebanyakan pelancong dah berkurangan, jadi tak sesak sangat di Kea Farm. Kali ni dapat memborong jambu kristal/jambu epal, masa bercuti Mei lepas, memang tak jumpa sebijik pun jambu kristal ni, mungkin masa tu belum ada stok. Sayur-sayuran pun kami tak beli satu pun sebab fikirkan boleh dibeli di pasar sahaja.

Makan malam di kedai steamboat Glory bersebelahan Hotel De La Ferns, Tanah Rata. Dah banyak kali juga datang makan di sini, servis di sini ikut musim juga. Kalau masa ramai orang, memang tak berapa bagus servis dia. Kena tunggu lama untuk pekerja ambil tempahan, bila panggil lambat dapat respons. Tapi ada masa bila kurang orang, servis dia ok. Ikut nasib! Makan steamboat untuk 4 orang, campur dengan dessert dan makanan side menu - fish and chips, tak sampai RM85 pun bayarannya. Kira ok la tu.

2 comments:

  1. chinta balas kunjungan dan follow terus tau

    ReplyDelete
  2. eh chinta datang menjenguk blog yani ye? assalamualaikum, selamat datang!

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)