Serius!
Ramadhan kali ni aku rasa lebih aku rindui berbanding yang lepas-lepas. Bukanlah bermakna yang lalu aku tak rindu langsung. Tapi kali ni 'lebih' dirindui.
Dalam hati ni, aku tak excited sangat nak sambut Syawal, sebab rasa sedih dan sayang nak tinggalkan bulan Ramadhan yang bakal berakhir lagi sehari dua ni. Ramadhan yang mengajar aku menjadi orang yang lebih baik berbanding sebelum-sebelum ini, dari segi ibadah puasa dan solat. Solat aku lebih terjaga, masyaAllah. Solat terawih pun sehabis baik aku cuba buat; sama ada berjemaah di surau mahupun solat sendiri di rumah. Ibadah puasa pun lebih baik dari tahun-tahun terdahulu. Manisnya kenangan berpuasa kali ini. Semoga Allah panjangkan umurku untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan. Amin.
Ada benarnya, kalau kita pasang niat baik untuk perbaiki diri, insyaAllah Allah akan permudahkan untuk kita jalan nak jadi lebih baik. Tak ada orang lain yang boleh ubah cara hidup kita, kita yang kena ubahnya sendiri.
Alhamdulillah...semoga amalan yanie spanjang Ramadhan diterima Allah SWT..semoga kita berkesempatan berjumpa Ramadhan thn depan..amin..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Btul tu, ros pun xrasa semangat nak raya tahun ni.. Tahun sebelum ni excited ja... Moga allah merahmati amalan kita.. Selamat hari raya maaf zahir batin :)
ReplyDeletesemoga segala amalam kita di bulan Ramadhan ini diterima dan diberkati Allah hendaknya..
ReplyDeletesemoga kita akan terus berusaha utk mendekatkan diri kita dengan Allah.. insyaAllah..
SELAMAT HARI RAYA BEB. MAAF ZAHIR
ReplyDeleteBULAN PALING TERBAIK ADALAH RAMADHAN. SEMOGA KITA DAPAT BERTEMU RAMADHAN YANG SETERUSNYA. AMIN.