20 July 2011

Promosi Majalah RAPI Terpakai

Diam tak diam, dah bertimbun rupanya majalah ni dalam rak buku kat bilik tidur tu. Nak buang sayang pula rasanya. Nak jual kat kedai suratkhabar terpakai, berapa sen sangat je dapat. Aduhai...

Tetiba dapat idea nak jual dalam blog pada sesiapa yang berminat. Mula start kumpul majalah ni dari tahun 2009, kalau tak silap. Jadi  ada la koleksi dari tahun 2009 sehingga yang terkini 2011. Cara pembayaran dan kos penghantaran adalah seperti berikut:

Kalau di sekitar Melaka, pembayaran adalah secara COD.

Kalau yang memerlukan penghantaran melalui pos, saya akan ikut kadar yang dikenakan oleh Pos Malaysia. Kalau nak semak, boleh semak kos parcel mengikut timbangan di sini. Kos pembelian majalah tidak termasuk kos penghantaran ye!

Majalah Rapi dijual:
1 naskah RM2.00 bagi pembelian 10 naskah dan ke bawah.
1 naskah RM1.50 bagi pembelian 11 naskah dan ke atas.
Jika ada yang berminat untuk membeli dengan kaedah pukal untuk jualan semula, harga bolehlah dirunding.
Satu lagi, kalau ada majalah yang diminta tu kurang sempurna atau ada kesan koyak, diskaun akan diberikan.

Kalau ada pertanyaan, bolehlah tinggalkan komen di posting ini, insyaAllah akan dijawap dengan kadar segera.

Nanti saya update keluaran dan tahun keluaran Majalah RAPI yang ada dalam simpanan saya untuk memudahkan semua untuk memilih.

p/s: Untuk pembeli yang benar-benar berminat sahaja ye!

13 comments:

  1. ada x topik yang bincangkan sal kecantikkan? berkaitan kosmetik, spa atau makanan kesihatan.

    ReplyDelete
  2. syieha,

    konfius jap...maksud syieha blog akak ke buku RAPI ni? kalau syieha tanya psl buku ni, memang setiap keluaran bincangkan pasal isu kosmetik, spa dan makanan kesihatan...memang banyak info.

    ReplyDelete
  3. owh... akk jual mjlh tpkai tuh 1 brpa? sbb nk guna wt tesis..


    emel ek, wanahgurl@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Syieha,

    Akak dah emel pada adik ye, cuba cek! Hehe

    ReplyDelete
  5. hiii.. salam,
    i berminat sangat (serious buyer) nk beli RAPI 2011 (kalau boleh dr jan-dec)pls reply me ASAP. i dr KLANG.

    ReplyDelete
  6. Ju Go....boleh berikan emel pd saya? Boleh cerita panjang dlm emel.....

    ReplyDelete
  7. masih ada lagi ke majalah rapi untuk dijual?? sya memang berminat nk beli,,,klu ada boleh tk inbox sya,,emma_normastura@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Kak....ada majalah rapi edisi oktober 2010 tak?
    Sy nak...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, saya mmg tengah mencari majalah rapi dari keluaran Januari smp December 2010. Boleh tk puan hntr email ke innanita92@gmail.com . Saya mmg amat memerlukan keluaran itu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, saya mmg tengah mencari majalah rapi dari keluaran Januari smp December 2010. Boleh tk puan hntr email ke innanita92@gmail.com . Saya mmg amat memerlukan keluaran itu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Ada tak majalah rapi blan 4 2011..cover azura zainal. Whatsup saya 0122469355

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)