09 February 2015

Hari-hari Hadap Buah Delima Manis


9 Februari 2015.

Sementara ada musim ni, kita hadaplah buah delima ni hari-hari. Dah la manis, makan pula sejuk-sejuk keluar dari peti ais. Hurmm....dap dap. Aku makan sebiji tak kongsi dengan suami pun, petua apa tu eh? Aku dah lupa apa petua yang suruh makan jangan berkongsi. Kalau tak silap orang kata maybe salah satu butir isi buah delima tu ada ubat bagi setiap penyakit dalam badan...kot? Suami makan buah yang lain, kopek sendiri.

Eh...dah lama tak sentuh pati delima Gulsan. Ade je baki pati delima tu sebotol yang arwah Mak tak habis minum kat dapur tu. Tarikh luput pun lama lagi. Bercinta nak sambung minum pati delima ni. Nk buang, sayang pulak. Ni dah ada buah delima original version depan mata, kita makan je la.

Kat opis pun ade staf yang tolong menjual buah delima ni ambil dari syarikat suami dia bekerja.

Cuma ade persoalan dalam fikiran sekarang ni....makan buah delima ada timing-timing dia ke? Sebelum ovulasi ke? Atau selepas ovulasi? Ke bila-bila pun boleh?

8 comments:

  1. x tau plak pasal timing...rasa bleh je kot makan bebila yani... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..ok...dapat yg jenis manis mmg sedap hadap hari2...kalau terkena yang masam...errr...

      Delete
  2. buah delima banyak khasiatnya. makan bebila pun boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok zura! Harap2 ade khasiat dari segi betulkan kitaran period...ni period dh haywire balik..

      Delete
  3. yani, dia jual berapa rm? kot2 boleh tumpang beli.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan Yani jual 4 biji RM10....x de la besar sgt...sedang2 je tp alhamdulillah manis

      Delete
  4. Salam BP, saya pun penah amalkan pati delima gulsan, tapi mase tu, tak kira masa, makan je... minum, makan plak, masam nyeee kan, lagi suke makan buah delima, masa pregnant pun elok amalkan makan buah delima, org ckp, nnt mata anak cantik n bersinar, spt buah delimaa...hehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Emme...masih terbayang betapa masamnyer pati delima tu. Bila makan yang original version ni, manis sedap la pulak...takpe la sementara ade musim ni kita makan yg original..esok dah abis musim, kita sambung makan balik yang pati delima tu...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)