05 July 2014

Menu Berbuka Minggu Pertama Ramadhan 2014

6 Julai 2014.

Nak buat entri setiap hari, lemak lah pulak kan?
Nak buat entri ajar masak-masak step-by-step pun rasa hover lah sangat, kebanyakkan menu simple, dah la tengok resepi dari blog orang, ada yang belajar buat-buta dari Youtube. Hahaha...

Eh, serius la!
Datang angin satu badan, gigih cari resepi sana sini; Google, blog, Youtube, buku resepi dan paling utama buku resepi peninggalan arwah Mak.


Menu petang sebelum Ramadhan (28 Jun 2014)
- Lontong
- Pertama kali cuba buat, masa arwah mak ada tak pernah tanya macam mana nak buat. Padan muka. Whatsapp dengan adik beradik tanya macam mana nak buat lontong. Syukur suami suka makan, berulang pula tu.


Menu 1 Ramadhan (29 Jun 2014)
- Masak daging masak kicap dengan kentang (resepi tengok blog orang - yang ini suami suka sebab tak pakai rempah ratus, dia kurang suka yang ada bau rempah ratus ni), sayur bayam campur tumis air dan cendawan goreng berempah.
- Malam lepas terawih, dapat bubur lambuk sumbangan jawatankuasa surau tempat terawih.


Menu 2 Ramadhan (30 Jun 2014)
- Buat makaroni spaghetti (pun tengok resepi dalam blog orang), dan bergedil maggi (tengok Youtube DapurBujang)
- Suami beli kuih onde-onde / buah Melaka


Menu 3 Ramadhan (1 Julai 2014)
- Masak telur dadar goreng je.
- Kat opis ada tempah makanan dari luar, hantar ke opis. Beli lauk daging lada hitam, ayam kurma, sayur pucuk manis dan pencuci mulut; bubur sum sum.
- Kak Lang hantar acar buah (kegemaran arwah mak ni!)


Menu 4 Ramadhan (2 Julai 2014)
- Sebab rasa macam banyak sangat lauk beli hari sebelum tu dan tak habis pun, limitkan lauk beli. Cuma beli lauk kari ayam dan kuih kole kacang.
- Masak lauk masak lemak cili padi udang kacang buncis (dapat idea dari KekDa..huhu!), goreng balik baki bergedil maggi yang disejukbekukan dan buah-buahan potong + kurma.


Menu 5 Ramadhan (3 Julai 2014)
- Ulang beli lauk kari ayam sebab nampak suami berselera makan. 
- Balik rumah, kelentang kelentung kat dapur masak lauk sambal tempe ikan bilis, sayur campur kubis dan ikan jenak goreng cecah kicap cili padi.
- Tengok lauk daging masak kicap 1 Ramadhan masih ada dalam peti sejuk, panaskan balik...jangan membazir!



Menu 6 Ramadhan (4 Julai 2014)
- Naik muak pula hari-hari berbuka nasi putih dan lauk, jadi aku buat nasi goreng kampung je kali ini. Berguna juga pokok kangkung arwah mak yang dok menjalar kat laman rumah tu.


Menu 7 Ramadhan (5 Julai 2014)
- Sabtu kan panjang sikit masa boleh masak special sikit dari hari bekerja? Kali ni aku masak rendang daging ikut resepi arwah mak. Semua bahan lengkap kat rumah - daun kunyit dan daun limau petik kat laman rumah mak, cuma kena ke pasar untuk cari kerisik.
- Teringin nak makan petola. Jadi kat pasar cari sebatang petola, cari resepi petola masak tumis air kentang dan soo hoon.
- Buat sebekas jeli buah naga, puas susun buah naga sebab nak senang potong...dia dok kalih bertaburan...lantak ko la! Huhuhu...


Side dishes wajib atas meja:
Buah-buahan dan kurma
Optional : Cincau dan biji selasih.


Berbuka dan bersahur masih setia dengan rangkaian aloe, teamix dan shake Herbalife. Cuma bila kesian suami makan nasi sorang-sorang masa berbuka dan aku pula dok bantai teguk shake Herbalife, aku tukar waktu minum shake lepas jam 10.00 malam lepas solat sunat tarawih. Mana-mana pun boleh asalkan portion makan tahu kawal.

Masa sahur, selain shake Herbalife aku alas perut dengan sekeping roti wholemeal, buah-buahan dan kurma.

2 comments:

  1. nyum2..rajinnya yani masak..me ni pjj ngan husband..me beli jek kat bazar..husband plak mak dia masakkan..bestkan dpt masakkan utk suami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi, setakat ni belum jejak kaki ke bazar ramadhan lagi. Nak beli kat bazar mcm membazir skit, nak makan pun 2 org je pun....Yani masak 2 lauk je; sayur dan lauk berkuah/sambal. InshaAllah time Ramadhan ni la masa nak memasak untuk suami even simple2 pun...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)