29 June 2014

Sumbangan Ramadhan Bersama Palestin


29 Jun 2014.

Suka baca ayat dalam iklan Aman Palestin ni... "Sedekah yang paling utama adalah di bulan Ramadhan" - Riwayat At-Tirmidzi.

Moh la kita yang berkemampuan dari segi kewangan menyumbang sama untuk rakyat Palestin. Nak berjuang dengan kudrat kita, nampak macam sayup-sayup je. Jadi ni salah satu usaha kita bantu mereka di sana.

Kalau kuih raya 10-11 balang dah siap tempah, baju raya dah siap beli berpasang-pasang, kasut dan tudung lip lap....semua persediaan raya dah lengkap waima sebelum bulan Ramadhan, apalah sangat derma RM300, kan? :)
Paling teruk pun, RM100 la...

Niatkan bukan sahaja untuk diri kita, malah niatkan untuk amalan kebaikan arwah ibu bapa dan datuk nenek. Semoga Allah SWT terima amalan kita.....inshaAllah!

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)