28 June 2013

30 Tahun : Lebih Meriah Sambut Beramai-ramai

28 Jun 2013.

Sambutan hari lahir bersama bagi yang lahir sepanjang bulan Jun dan Julai. Senang, kan? Bahagi tugas masing-masing beli makanan apa, berkumpul ramai-ramai di rumah mak.

Memanglah mula-mula rancang nak sambut di luar tapi fikir-fikir balik, sambut di rumah lebih selesa, nak free style adik beradik dan untuk keselesaan mak.

Malam tadi, aku ditugaskan untuk beli aiskrim. Jaga booth aiskrim la kiranya ni, memang seronok! Anak buah dok ulang minta dibuatkan aiskrim ala-ala fruitti tutti....huhu! Aku beli aiskrim Nestle dua perisa, lepas tu hias dengan coco crunch, honey star, colourful chocolate rice dan badam hancur.....kemain suka anak-anak buah makan.

Hubby pun buat kejutan balik awal, sedangkan masa telefon sebelah petang, dia kata tak boleh balik awal sebab tak cukup staf untuk ganti. Masa kami nak bergambar beramai-ramai, nampak kereta dia masuk di garaj....apa lagi, senyum meleretlah sambut hubby (cubit manja...denda untuk orang buat kejutan) Hahaha....

Alhamdulillah, seronok tengok mak happy anak dan cucu ada dengannya malam tadi. Hari Isnin ni doktor dah arahkan admit wad sebab nak monitor BP mak yang asyik tinggi, tak bagus untuk proceed operation Jumaat depan. Risau kami adik beradik.






BMI Terkini Bulan Jun 2013

28 Jun 2013.

Sudah lama tak bermain dengan bacaan BMI badan kan? Bila teringat balik, terus google laman web yang buat pengiraan secara automatik melalui kemasukan maklumat peribadi kita seperti ketinggian dan berat badan semasa.

Situasi 1:
Kan aku pernah cerita, aku guna dua (2) ukuran ketinggian sepanjang menggunakan penimbang berat Herbalife, iaitu 151cm dan 148.3cm? Jadi kalau nak buat perbandingan, aku suka guna dua ukuran ketinggian yang berbeza untuk lihat perbezaannya.

Ini contoh BMI aku pada berat badan tertinggi Jun 2012 dengan ukuran ketinggian 151cm.


Komen Aku:
BMI aku masa tu adalah 35.35 atau obesiti tahap 1.

Yang ini pula, contoh BMI aku pada berat badan pada bulan Jun 2013 dengan ukuran ketinggian 151cm.


Komen Aku:
BMI aku adalah 28.86 atau tahap berlebihan berat badan. Alhamdulillah~
 
Situasi 2:
Ini contoh BMI aku pada berat badan tertinggi Jun 2012 dengan ukuran ketinggian 148.3cm.



Komen Aku:
BMI aku masa tu adalah 36.8atau tahap obesiti. Erk...juga masih tahap obesiti.

Situasi 3:
Yang ini pula, contoh BMI aku pada berat badan pada bulan Jun 2013 dengan ukuran ketinggian 148.3cm


Komen Aku:
BMI aku masa tu adalah 30.04 atau tahap obesiti. Borderline antara berlebihan berat badan dan obesiti tahap 1 ni.

Situasi 4:
Di bawah ni pula sasaran BMI yang sesuai dengan ukuran ketinggian dan berat badan untuk BMI normal. Aku bagi contoh untuk dua ukuran ketinggian berbeza.




Sumber Rujukan : http://www.nestle.com.my/Nutrition_Health_Wellness/wellness_quiz_and_tools/Pages/bmi_calculator.aspx

27 June 2013

Buah Delima Jumbo


27 Jun 2013.

Jangan terkejut kenapa aku berjubah bagai sambil ambil gambar dengan buah delima ni. Huhuhu....Ambil gambar lepas solat isyak, sarung tudung terus suruh hubby tolong ambilkan gambar. Kalau solat, aku kadang kala selesa sarung jubah terus. 

Semalam lepas bawa mak jumpa doktor pakar bius untuk pembedahan Jumaat depan, mak suruh singgah kedai buah. Ada la beli satu dua jenis buah untuk orang kat rumah. Kebetulan terjumpa buah delima bersaiz jumbo yang diletak bersebelahan dengan buah naga dalam peti sejuk kedai tu.

Harga sama macam harga buah delima yang aku beli tempohari (RM7 sebiji) tapi saiz lebih besar, tak keterlaluan kalau aku kata saiz jumbo.


Kalau tak silap aku, aku pernah terbaca di blog rakan TTC, petua nak makan buah delima ni, kena makan sorang-sorang tak boleh berkongsi dengan orang lain. Buah delima yang haritu beli, aku dapat makan separuh je, sebab mak dan bibik dah kopek dulu masa aku pergi kerja. Yang kali ni pun tak berkesempatan makan sorang-sorang, aku kongsi makan dengan kawan pejabat. InshaAllah, aku yakin kalau Allah nak beri khasiat untuk kelebihan mengandung pada diri aku, mana-mana isi pun boleh menjadi penyebab khasiat tu masuk dalam badan. Nak makan sorang-sorang pun gamaknya tak terhabis.


Antara petua yang aku jumpa sepanjang google tentang buah delima ni:

Petua 1 :
Aku share petua yang aku dapat dari mak aku dulu masa aku tengah berusaha untuk pregnant. Cari buah delima yang kelopak atasnya masih ade semua. Erk, paham tak aku maksudkan ape..  aku tandekan dalam gambar ape aku maksudkan dengan kelopak delima.. tak taula istilah betul dia ape, tp mak aku kate tu kelopak so aku ikutla kelopak. Kate mak aku untuk jadikan delima ni sebagai ubat, petuanya carik delima yang kesemua kelopak nya stil attach pade buah, kalau ade yang patah carik buah delima yang lain. So tiap kali beli delima memang aku carik yang kelopaknya masih ade, cuma cantik tak cantik je laa.. hahah. Bile makan buah delima ni dia suruh baca al-fatihah dan ayat kursi, dan niat dalam hati nak kite nak ape. jangan ko niat dalam hati aku nak kereta plak, tak dapatnye lah kereta.. niat untuk kesihatan tubuh badan la ek.

Sumber :
http://surayajafar.blogspot.com/2012/11/khasiat-buah-delima-untuk-wanita-hamil.html

Petua 2 :
Untuk ibu mengandung dinasihatkan untuk memakan sebiji buah delima seorang diri (maknanya jangan share tau, atau kalau ada isi yang jatuh sila kutip ya) kerana dipercayai dalam banyak-banyak isi (ulas) buah delima tersebut terdapat satu isi (ulas) yang baik untuk otak baby. 

Sumber :
http://idazuan.blogspot.com/2012/10/khasiat-buah-delima-untuk-ibu-mengandung.html 

26 June 2013

Lemon : Jom Jadikan Amalan!


26 Jun 2013.

Lemon ni ada je jual kat kedai, antara malas atau rajin je nak beli dan letak dalam minuman. Huhu...sekarang kena mula rajinkan diri minum air perahan lemon, tak kisah la letak dalam air bancuhan aloe dan teamix ke atau dalam air suam.

Kebetulan dalam akhbar Kosmo bahagian Jurnal Kesihatan pada 24 Mei 2013 ada disiarkan artikel berkaitan kebaikan mengamalkan lemon. Boleh bantu menguruskan badan? Wah....semangat ni! Mengempiskan perut yang buncit (read : pandang perut sendiri)? Bertambah-tambah semangat oi! Selain itu, kelebihan meningkatkan metabolisme dan membakar lemak tu sememangnya dicari-cari.

Tahun lepas pernah beli lemon konon-konon nak buat minuman lemonade. Kemain letak gula bersudu-sudu nak kasi seimbang rasa manis gula dan masam lemon. Itu sekali sekala minum boleh ler, buat selalu dah bukan jadi kebaikan...boleh jadi diabetik terus..huhuhu! 

Puasa Sunat Bulan Syaaban


26 Jun 2013.

Menyambung semula puasa sunat bulan Syaaban hari ni.

25 June 2013

30 Tahun : Kejutan, Kek, Hadiah dan Kasih Sayang

25 Jun 2013.

Segalanya dimulakan dengan kenangan manis oleh hubby. Hubby sampai rumah dekat pukul 10.30 malam, buka je pintu rumah, tengok dia jinjit kotak kek sambil tersenyum. Alahai, cair hati dibuatnya. Memang tak jangka dia nak beli kek, tak menyebut pun.

Masukkan kek dalam peti ais dulu, sementara tu hubby mandi bersihkan diri. Mak dan bibik dah masuk tidur, tinggal kami berdua je masih berjaga. Sementara menunggu menjelang detik 12.00 malam, baring-baring atas katil sementara tengok hubby mendownload movie. Mata dah mengantuk dah, tapi tahankan juga.

Tepat je pukul 12.00 malam, hubby ucap selamat hari lahir yang ke-30. Kami dah sebaya...yeay! Lepas tu, hubby buat kejutan keluar bilik, lepas tu masuk semula dengan hadiah di tangan. Terkedu dibuatnya. Bila hubby suruh buka hadiah dan tengok isi dalam tu, spontan peluk dia sambil menangis. Terima kasih banyak-banyak....rupanya dia beli beg tangan yang aku dok belek bulan lepas kat Parkson berdekatan tempat kerjanya. Aku sendiri dah lupa pasal beg tangan tu, jadi tu yang terkejut bila dia belikan juga di luar pengetahuan dan sembunyikan sampai tiba hari lahir aku malam tadi.

Tak sempat nak ambik gambar lama-lama, sebab kek dah mencair dengan jayanya. Haha....kena makan laju-laju. Tak sempat nak ambil feel.

Adegan suap menyuap kek semestinya akan ada, kan? Teringat masa makan beradap hari bersanding dulu, haish!

 Kek BR ni sedap tapi cepat sangat cair walaupun dah diletakkan ais kering dalam kotak kek tu. Nasib baik sempat ambil gambar sebelum cair.

  Sampai lewat petang ni hubby tak nak mengaku yang dia saje bagi alasan nak ke bilik air tengah malam tadi untuk ambil hadiah ni dari almari bilik adik bongsu di sebelah bilik kami. Alasan dia, memang dia nak ke bilik air masa tu..huhu, yer la yer la Abang oi...percaya je la. Hihihi...

30 Tahun : Permulaan Atau Penghujung?

Sumber Gambar : Google

25 Jun 2013.

Sampai juga tarikh ini. 30 tahun sudah usia aku hari ini. Rasanya tak perlu aku ceritakan harapan, impian dan cita-cita aku menginjak usia setahun lebih matang ini, cukuplah aku ungkapkan ucapan Syukur Alhamdulillah, Ya Allah!

Permulaan atau penghujung? Dua-dua ada benarnya, inshaAllah. Permulaan bagi jati diri yang baru, dan penghujung kepada perkara-perkara duniawi. Keredhaan dan keampunan Allah yang dicari pada usia ini.

 Sumber Gambar : Google

24 June 2013

Puasa Sunat Nisfu Syaaban

24 Jun 2013.

Sebaik sahaja suci dari haid kelmarin, aku memang dah berniat nak puasa sunat bulan Syaaban. Ingatkan nak mula puasa sunat hari Ahad, tapi aku was-was kalau masih keluar brown spotting, walaupun hati dah yakin darah hadi memang dah kering sejak Jumaat malam tu. By tengahari Ahad, tengok memang dah 100% bersih. Alhamdulillah.

Malam tadi dah beritahu mak, hari ni nak berpuasa. Mak ingatkan aku masih belum habis menggantikan puasa qada Ramadhan lepas, tapi aku cakap aku nak sambung buat puasa sunat sementara masih berkesempatan. Kunci jam sampai lima enam waktu berbeza, takut terlajak lepas waktu Subuh pula. Huhu...sempatlah capai apa-apa yang patut; lebihan buah lai mak, segugus kecil buah anggur, roti mil penuh dan sedikit serunding ayam. Bersahur sambil layan mata menonton telemovie TV2.

Sumber Gambar : Sharing FB Oleh Norzita Jaafar

Saje nak kongsikan sisipan Herbalife dalam Majalah Nona bulan Jun 2013 yang ada memaparkan kelebihan berbuka dan bersahur dengan nutrisi Herbalife. Terasa jauh berbeza pengalaman berbuka dan bersahur dengan Herbalife kalau dibandingkan dengan bersahur dan berbuka dengan nasi serta lauk pauk sebelum-sebelum ni. Badan rasa segar, inshaAllah sampai ke waktu petang. Rasa pedih perut lapar pun sayup-sayup je rasa, itupun dah lepas pukul 3 ke atas, baru terasa sedikit.

al-Ustaz Isu No 15, Aprikot dan Pistachio


24 Jun 2013.

Jumaat lepas, waktu rehat tengahari aku ke kedai buku agama dan produk Arab di MITC. Tekak terasa nak makan buat aprikot kering dan kacang pistachio. Masa di kaunter pembayaran, rasa teruja jumpa majalah al-Ustaz Isu No. 15 ni, terus beli.


Tajuk-tajuk utama di dalam majalah al-Ustaz Isu No. 15 kali ini adalah :-
  • Berfesyen Pun Ada Fiqahnya
  • Hukum Mewarnai Rambut oleh Ustaz Mohd Izhar Arif Mohd Kashim
  • Cara Berpakaian Rasulullah oleh Dr. Abdul Basit Abd. Rahman
  • Seluar Jeans dan Tudung Fesyen oleh Ustaz Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan
  • Israk dan Mikraj : Perjalanan Israk dan Mikraj Nabi Seperti dalam hadis Sahih

23 June 2013

Dengan Kucing Bunting Pun Nak Sentap

 

23 Jun 2013.

Kisah benar baru berlaku. Baru kejap hubby telefon, semata-mata nak ingatkan kalau keluar rumah, jangan lupa pakai face mask dengan warna biru sebelah luar. Baik abang! Lepas tu, saja tanya hubby, mak kucing kat luar rumah tu puasa makan tengahari ke hari ni? Sebenarnya makanan mak kucing tu dah habis, jadi memang ingatkan hubby belikan sebab tu kucing dia. Hehe. Rupa-rupanya masa hubby keluar sekejap belikan mak suratkhabar pagi ni, hubby dah siap-siap belikan makanan mak kucing dan letak di dapur.

Bila ke dapur dan tengok banyak sungguh bungkusan makanan kucing, tanya hubby kenapa beli banyak sangat. Hubby jawap, takpe lah memang saje beli lebih skit kali ni, lagipun kan mak kucing tu tengah bunting. Nak kasi baby dalam perut mak kucing tu membesar dengan sihat. Terus hati sentap dan terusik. Ringan je mulut balas balik, yer la...mama (bahasakan diri sendiri) belum mengandung lagi, sebab tu tak dapat hadiah best-best macam mak kucing ni dapat. Hubby yang tengah happy-happy dalam phone tiba-tiba terus berubah nada suara. Mungkin tak sangka isteri sendiri boleh terfikir sampai tahap tu dan cakap begitu.

Kenapa lah dengan diri aku ni....dengan kucing bunting pun nak sentap? Niat hubby baik nak belikan makanan sedap-sedap untuk kucing bunting pun aku boleh fikir bukan-bukan. 

Sudah, sudah....pergi jauh fikiran tak baik! Buang jauh-jauh mood sentap. Jangan risau sekarang dah kembali kepada aura positif.....

 
Mak kucing ni macam tahu-tahu je makanan dia dah bertop-up. Duduk depan pintu dapur, dok mengiau bila dengar ada orang kat dapur. Nak bagitahu dia lapar la tu! Sabar ye....

Muffin Nutella Versi Derhaka


23 Jun 2013.

Blogwalking ke blog orang, terjumpa resepi muffin nutella yang sangat ringkas, untungnya siap disertakan sekali tutorial bergambar untuk memudahkan orang tak reti buat macam aku belajar. Terima kasih banyak-banyak pada blogger Ismaliana Sulaiman dan blogger CikEpal06 yang sudi berkongsi resepi.

Derhaka is always derhaka, kan?
Bukan derhaka maca mana, aku tak jumpa tepung gandum serbaguna MFM macam yang blogger CikEpal06 tu guna, aku bantai pakai tepung gandum biasa. Lepas tu tak sukat tepat-tepat, main asal boleh je. Telur pun aku rasa bukan standard telur ayam yang mereka gunakan. Padan muka!

Rupa dah pass, tapi tekstur muffin dah macam biskut plak. Yeah...epic fail!
Hahahaha......takpe, takpe. Kita guna teknik camouflage, kasi hias lawa-lawa. Mesti 1st impression orang kata "Mesti sedap!" (kan?) Tu tak rasa lagi kesedapan (read: kerangupan) muffin nutella aku ni....Kih kih kih...

Oh, sekali bancuhan aku dapat buat 12 ketul muffin nutella.




22 June 2013

Saji dan iSihat Julai 2013 : Edisi Ramadhan

 
22 Jun 2013.

Dua majalah yang menarik dijadikan bahan rujukan dan bacaan sepanjang bulan Ramadhan. Satu untuk kesihatan, satu lagi untuk panduan resepi berbuka dan bersahur.



Tajuk-tajuk utama dalam majalah iSihat Julai 2013:
  • Kolon 'Kotor' Punca Penyakit
  • Ramadhan Bulan Nyah Toksin
  • Masa Yang Tidak Sihat Di Bulan Puasa
  • 8 Cara Semulajadi Redakan Gangguan Perut
  • Tip Berdiet Di Bulan Puasa
  • Cabaran Sihat : Mental Siapa Paling Kuat?
  • 5 Makanan Terbaik Untuk Lelaki
  • 3 Kunci Utama Raih Perut Sixpack
  • Lelaki Terlebih Makan Gula
  • Hidap Asperger : Jafri Kini Tutor Bahasa Jepun
Paling seronok, ada tajuk pasal cara orang berpenyakit diabetik berpuasa, boleh jadi bahan rujukan isi rumah.


Tengok tajuk pun dah tahu, 180 resepi aneka juadah berbuka dan sahur. Wah, semangat nak cuba macam-macam resepi, sedangkan sahur semestinya aku akan teguk shake Herbalife je. Hahaha~ Dah tu, balik kerja pun dah lewat, entah-entah mak dan bibik dan siap-siap masak juadah berbuka. Takpe-takpe, hari yang cuti dan hujung minggu boleh dipraktikkan resepi dari majalah ni, kan? Sebelum bulan Ramadhan pun boleh, eh?! Huhuhu...

21 June 2013

CD6 : Clomid Terakhir Kitaran Kedua


21 Jun 2013.

Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk CD6, hari terakhir makan clomid kitaran kedua ni. Jujur cakap, aku tak menaruh harapan kitaran kali ni. Bukan give up tapi aku takut untuk berharapan sangat. Cita-cita nak berBBT untuk kitaran kedua clomid ni dah ke laut. Aku marah pada diri sendiri. 

Alhamdulillah kitaran kali ni dan setakat hari ni, badan tak demam macam kitaran lepas. Cuma selesema dan batuk masih bersisa. Kena pula sekarang Melaka berjerebu tahap membimbangkan, makin tipis harapan nak sembuh sepenuhnya batuk dan selesema ni.

Untuk ingatan diri sendiri, CD10 hingga CD16, hari membuat anak secara projek mega. CD10 jatuh pada hari Selasa depan, dan kebetulan pada hari lahir aku yang ke-30. Ye, aku bakal menginjak alam 30-an. 

Period masih berbaki, semalam masih ada darah merah haid keluar sikit-sikit (smear), hari ni dah mula brownish spotting sahaja. Tunggu sampai esok, kalau dah suci sepenuhnya, aku nak sambung buat puasa sunat Syaaban.

20 June 2013

Buah Delima dan Mood Beremosi

20 Jun 2013.

Buah delima yang aku beli di pasar Masjid Tanah hari Sabtu lepas, sebiji RM7. Dah lama rasanya tak rasa buah delima, tekak teringin. Dulu ada amalkan minum pati delima Gushan tapi berhenti beberapa hari lepas aku buat keputusan makan Herbalife. Setahun lepas, lama kot. Aku pun tak tahu, kenapa aku tak sambung balik minum pati delima tu, dulu stop sebab akak Herbalife tu minta tangguh dulu minum, nak tengok ada side effect tak dengan makan Herbalife. Tangguh yang sampai sekarang tak bersambung semula.

Khasiat buah delima? Tak payah kot aku tulis berjela-jela; google je. Banyak kebaikan dari segi sudut pandangan Islam dan juga perubatan.

Gloomy mood dua tiga hari ni. Teringat sesuatu, meleleh airmata. Rindu suami, meleleh airmata. Baca pasal baby orang lain, meleleh lagi.

U/p : Hari ni genap dua kotak susu kambing Hi-goat dah diminum bersama-sama dengan hubby. Dua minggu susu kambing diblend  dengan kurma setiap hari. Esok masuk kotak ketiga.

19 June 2013

Lain Negara, Lain Istilah

 Sumber Gambar : http://www.flickr.com/photos/43709718@N03/

19 Jun 2013.

Masih dalam mood datang bulan, apa kata kita belajar istilah atau panggilan lain 'datang bulan' di negara orang? Sekurang-kurangnya tak menganga bila terjumpa istilah ni nanti.

18 June 2013

CD 3 : Dia Buat Balik Perangai

 Sumber Gambar : Google

18 Jun 2013.

Sekadar untuk catatan dan ingatan diri sendiri, flow CD3 hari ini dah mula menunjukkan pengurangan. Tak tahulah apa salahnya, tapi aku ambil pendekatan wait and see macam mana paten flow esok lusa. Mungkin juga betul kata rakan TTC yang beritahu kadar hari, tempoh period dan kuantiti period bergantung pada ketebalan dinding rahim. Mungkin ketebalan dinding rahim aku tak tebal mana kot. Kitaran bulan lepas tu mungkin banyak sebab dibantu oleh ubat Duphaston.

Period cramp agak mild hari ni berbanding semalam, CD2. Rasa berdenyut kat perut sebelah kiri yang tiba-tiba malam tadi buatkan aku rasa tersentak. Rahim sebelah kiri lebih banyak beri apa-apa respons berbanding rahim sebelah kanan.

17 June 2013

CD2 : Clomid, Nafsu Makan dan Mood Swing

17 Jun 2013.

Hari ni CD2, bermula kitaran baru dengan clomid. Period flow agak rancak, alhamdulillah. Selera makan, nauzubillahminzalik. Mungkin sebab pagi tadi breakfast dengan shake Herbalife agak sangat lewat sampai jam 10 pagi sebab kena ambil darah di KK. Lepas tu sambung pergi kursus di hotel di tengah-tengah bandar Melaka. 

In between kursus, lepas pukul 5 petang, balik pejabat sekejap untuk ganti pakaian sebab sebelah malam ada makan malam rasmi di hotel tu semula. Dalam perjalanan ke pejabat, perut berbunyi-bunyi, memang tak boleh tunggu makan malam ler nampaknya, kena alas perut sedikit. Otak dok fikir nak singgah AEON Ayer Keroh nak beli sushi. Tekak teringin sangat. 

Sebelum beli, kemain berselera rasa nak habiskan semua. Usik dua tiga ketul, terus tekak loya. Masuk tong sampah la tempatnya.

Dalam masa yang sama, telefon hubby yang pergi berkursus sehari di Damansara. Bila hubby cakap lepas kursus nak singgah sekejap pejabat lama dia di The Mines, automatik mulut merayu hubby belikan Subway B.M.T. bawa balik Melaka. Sedangkan, paling cepat dapat jumpa hubby lepas pukul 10.00 malam ni! Apakah nafsu makan yang sedang melanda ni?

Tak ada gambar betul-betul, sebab hubby belum sampai Melaka lagi...letak gambar dari Google la ye.

Yang perasan, start je period dan makan clomid, mood mengada-ngada muncul tiba-tiba je. Hubby lambat balas sms tengahari tadi pun aku dah sentap, menangis dalam kereta. Bila hubby balas balik sms kata dalam kursus dia tak boleh jawap dan pegang hp, baru kurang mood sentap. Tapi bila petang tadi dia beritahu nak singgah The Mines dan tak tahu pukul berapa gerak balik Melaka, aku sentap balik. Aduh...tak suka betul mood macam ni.

Mood swing aku lebih menjurus kepada nak manja-manja dengan hubby, tapi kalau lambat dapat tindakbalas, tu yang mula sentap tak tentu pasal tu. Not good, not good!

Kebetulan singgah AEON Ayer Keroh tadi, saja-saja lalu bahagian dairies, sekali nampak deretan susu kambing Nubian ni, ada ler dalam 16 botol. Belah belakang kosong je. Tak per la, tekak dah ubah selera minum susu kambing jenis serbuk paket. Huhuhu...rezeki orang lain la.

16 June 2013

Kitaran Clomid Pertama : Gagal dan Hikmahnya!

16 Jun 2013.

Pukul 10.30 pagi keluar brownish discharge, pukul 12.45 tengahari turun period. Pantas tak? Masa perasan di pantylinear ada brownish discharge tu, mulut dah terkeluar perkataan Oh oo! Dan bila dua jam lebih selepas itu darah haid turun, maka muktamadlah usaha TTC dengan Clomid gagal kali ini.

Bohonglah kalau aku cakap aku tak menangis. Aku boleh tipu orang lain tentang perasaan aku, tapi tidak pada diri sendiri. Kebetulan, hari ni hubby pun ada sama di rumah, dia cuti. Jadi hubby pun tahu pasal hal ni.

Tak mengapalah, ada hikmah disebalik semua yang terjadi, ini aku amat yakin. Cantik sebenarnya perancangan Allah untuk aku kali ni. Alhamdulillah, aku diberi peluang dan ruang untuk menunaikan ibadat puasa ganti sepenuhnya. Syukur Ya Allah! Satu lagi, aku tengok balik kalender period aku, kitaran haid kali ni makin pendek dari bulan-bulan lepas; kali ni 28 hari sahaja! Sebelum-sebelum ni, kalau bukan kitaran yang makan ubat klinik OnG, kitaran haid aku panjang sampai 39-40 hari. Mungkin ni kesan daripada ubat Clomid rasanya.

Nampaknya esok dah boleh mula makan ubat Clomid (CD2) untuk kitaran baru. Dah period ni, ubat Duphaston simpan dalam laci je la nampak gayanya. Kitaran kali ni teruskan usaha seperti biasa, supplemen dan amalan susu kambing, kurma dan madu.

P/s : Suka sangat tengok cover depan majalah Pa&Ma bulan ni....gebu!

Susu Kambing Hi-Goat Murah : Dah Dapat Port Baru!


 
16 Jun 2013.

Alhamdulillah, tak sangka dapat jumpa kedai yang menjual susu kambing Hi-Goat dengan kadar harga yang lebih murah. Itu pun dengan bantuan kakak aku. Tak sangka rupa-rupa kedai yang aku dok selalu pergi dari kecil sampai dah lepas kawin ni, ada jual barang yang aku tercari-cari stoknya. Punyalah aku dok fikir kedai mana yang jual lebih murah, rupanya tak jauh mana pun.

RM36.00 sekotak untuk 15 paket. Itulah harga yang tercatat di atas kotak. Setakat ni, harga yang termurah aku jumpa di bandar Melaka adalah RM45.00 sekotak. Banyak beza kan?

Memandangkan aku baru je memborong dua kotak susu kambing ni awal minggu ni, aku cuma pergi survey sama ada stok sedia ada di kedai tu banyak ke tidak, alhamdulillah tak perlu risau! 

15 June 2013

15 Jun 2012 - 15 Jun 2013

15 Jun 2013.

Genap setahun tarikh tu. Tarikh setahun lepas di mana berat badan aku mencecah berat paling tinggi iaitu 80.6kg. Hari ini pada tarikh yang sama cuma tahun sahaja berbeza, berat badan aku adalah 65.8kg. Penurunan berat badan sebanyak 14.8kg.

Jun 2012

Jun 2013

14 June 2013

Puasa Ganti : Hari Keenam dan Terakhir


14 Jun 2013.

Alhamdulillah dan inshaAllah, hari ni hari puasa ganti terakhir. Berdikit-dikit habiskan, sampai juga hari terakhirnya. Aku rasa ada hikmahnya aku buat keputusan spontan dan nekad nak ganti puasa straight minggu ni, sebab baru sehari dua ni dimaklumkan akan dihantar berkursus selama dua (2) hari awal minggu hadapan.