15 December 2012

Mabuk Durian Lenggeng, Mantin!


Balik kampung encik suami di Lenggeng, Mantin dalam keadaan demam panas dan selsema teruk. Bila bapak mertua ajak encik suami balik kampung sekejap, aku terus sound encik suami nak ikut sekali. Meriah sedikit bila anak buah encik suami pun ikut sama.


Gigih encik suami dan pak mertua mencari sekeliling pokok durian buah durian yang jatuh. Aku dan anak-anak buah jadi pembantu kutip dan longgokkan buah durian, manggis, rambutan dan pulasan. Masa ni lama baru kenal pokok manggis dan pulasan...huhu !


Tak sampai sejam di dusun kampung encik suami, dah hampir penuh boot kereta dengan segala macam buah-buahan. Kami yang duduk di kerusi belakang terpaksa la menahan aroma bau durian sepanjang perjalaenan balik ke Rasah, walaupun encik suami siang-siang dah turunkan tingkap kereta seluas-luasnya. Sampai je rumah mertua, masing-masing dah mabuk dek lama sangat menghidu bau durian...huhu!

2 comments:

  1. Minggu ni hubby ida balik kg amik durian.. tak sabarrrrrrrr!

    ReplyDelete
  2. Ieda: Bertabahlah tahan hidung kembang kempis dgn bau durian semerbak. Yani dh naik pening kepala setiap kali buka fridge, sbb mak dan bibik dh habis buka semua durian dan simpan dlm fridge.

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)