05 January 2017

Goodies Bag Sihat Ke Tidak?


05 Januari 2017.

Program rasmi pertama state untuk tahun 2017, jadi kena bertugas seawal pagi. Macam biasa la, apa-apa program rasmi memang ada goodies bag. Haa...isu goodies bag ni best juga nak diperkatakan. Nampak isi goodies bag atas tu? Air mineral, roti gardenia dan biskut manis. Err....nampak gaya hanya air mineral sahaja la yang boleh minum. Yang lain sedekah kat kawan je la. Susah nak jumpa goodies bag yang 'sihat', kan? Salah satu sebabnya adalah kerana food preparation yang agak leceh dan renyah.

Kadang kala urusetia mengelak dari sediakan makanan seperti sandwich, mee hoon goreng atau nasi goreng untuk program yang melibatkan beratus mahupun beribu orang (macam program pagi ni, peserta lebih 5000 orang) sebab takut berkuap dan jadi cepat basi. Kalau bernasib baik, ada la rezeki dapat epal merah dalam goodies bag. Standard item yang dimasukkan dalam goodies bag ialah roti gardenia, biskut dan air je la.

Nasib baik ada bawa bekal snacking dari rumah; bawa jambu batu yang dah siap potong. Boleh la mengalas perut sebelum makan meal tengahari.

P/s : Ada pengalaman dapat goodies bag yang 'sihat'? Apa kata share pengalaman kat sini, kot boleh dijadikan teladan! ;)

9 comments:

  1. tak pernah lagi dapat goodies bag yang sihat..mesti macam ni jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Fieza? Dah macam jadi suatu kelaziman pula item-item ni diletakkan dalam goodies bag. Mungkin sebab bajet untuk penyediaan goodies bag ni tight sangat dan tak ada pilihan.

      Delete
  2. huhuhu...selalunya urusetia nak yg mudah ja yani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, tapi kan kenapalah takde usaha untuk sediakan goodies bag sihat? disogokkan dengan makanan tak sihat, pastu expect masyarakat kita sihat tanpa penyakit? hurm...

      Delete
  3. pernah dapat epal hijau ngan air mineral je ....lagi satu sandwich roti wholemeal dan mineral ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pernah dapat, apa-apa pun bergantung pada urusetia program yang menyediakan goodies bag. Kalau ada peruntukan lebih dan ada kesedaran penyediaan menu sihat, inshaAllah dpt la goodies bag sihat, kan?

      Delete
    2. untuk kanak-kanak pun kdg2 dapat jajan merapu dari goodies beg kenduri...haishhh..kene sorokkan. ada satu pengantin sy pergi ni, dia bg tupperware comel 2 bijik + air mineral.saya suka!

      Delete
  4. 1.pernah dapat air mineral, kuih bakar , orange dan muffin cake keluaran IKS masa program kementeria pertanian.
    2. utk birthday anak, nak kata totally sihat, tak jugak la sebab sy letak some summi jelly hihi..tapi sy tak letak jajan rapu mcm cikedis semua tu..sy letak, epal,air kotak dutch lady & sticker kartun .Ada setahun sebelum tu, epal, pengorek bentuk lego , koko crunch kotak kecik& air kotak dutch lady jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, betul juga tu Dr Mai...kadang kalau dpt urusetia yang jenis IKS, dalam goodies bag pun letak produk-produk IKS mereka. Goodies bag untuk apa-apa event yang melibatkan kanak-kanak pun sekarang kena tengok betul-betul. Banyak disogokkan dengan sugary treats...mak ayah kena kena health-concious untuk sediakan goodies bag sihat.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)