17 August 2015

Bersenam, Aina, Adam & KL Fertility Centre

17 Ogos 2015.

Cerita hari minggu semalam. Eh, meluap-luap rasa nak kembali bersenam tapi setiap kali nak buat mesti tewas dengan hasutan syaiton nirajim dalam hati. Sabtu masa suami bekerja, konon ingat nak bersenam dalam rumah, tapi tak juga buat sebab konon sibuk siapkan dokumen sebutharga. Pagi Ahad baru keluar berjogging sekeliling taman dengan suami, itu pun dah dekat pukul 7 lebih baru kelam kelibut nak cari seluar track, kasut sukan dan stokin. Bestnya dapat berpeluh dan hirup udara segar awal pagi! Balik tu kaki rasa sakit dan lenguh, nampak naw dah lama tak bersenam ek?

Tengahari sebelum bergerak ke Seremban dan KL, singgah kejap rumah mertua adik bongsu nak jenguk Aina dan Adam. Alahai bestnyer dapat cium pipi masam Adam, muntah susu pun bau wangi jeeee....hahahaha! Aina mula-mula macam tak nak dengan CikDa dan CikYein dia ni, buat-buat sombong tak nak dekat. Yer la, dah dekat sebulan lebih tak jumpa dia. Dah lama lepas tu dia buat drama plak.....menangis sedu sedan siap keluar airmata nak ikut CikDa pergi Seremban! Bawak kejap pergi beli aiskrim dan makan sama-sama layankan anak dara ni.

Ni first time CikYein jumpa face-to-face dengan baby Adam ...seronok je dia main-main dengan Adam. Yang paling best, CikYein dapat dengar live baby Adam kentut dan berak. Eeeuuuuwwwww.....hahahahahahhaha~
 
Balik Seremban sebab nak ambik dokumen roadtax kereta suami kat rumah mertua. Alang-alang dah nak balik sana, aku ajak suami naik KL sekali, nak survey jalan ke KL Fertility Centre di Kota Damansara tu. Memang dah jadi habit aku dari dulu lagi, suka survey sebelum pergi apa-apa event...couldn't help it! Berposak le nak cari jalan sampai sesat barat ke arah Ipoh/ Kuantan tu. Even ada peta goole map kat dalam hp, tetap jugak nak sesat bagai....last-last pull over kat tepi jalan, bukak waze hp suami dan patah balik ikut jalan dalam Sentul. 

Sampai je kat sana dah gelap langit nak hujan. Sempat snap gambar dan whatsapp kat KekDa. Huhuhu, terkujat KekDa kan sebab tengok whatsapp tu? Heheheh......tak singgah lama pun, lagipun hujan-hujan lebat macam ni memang aku tak kuasa nak jalan-jalan. Pusing balik ke Tol Sungai Besi, singgah makan kat RnR Bangi makan Subway pastu terus balik Melaka.

8 comments:

  1. bersenam kan untuk kesihatan...he he he... salam isnin dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul tu FWW, salam isnin jugak untuk FWW ! ;)

      Delete
  2. seronok bersenam, release tension.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah betul tu....bila bersenam semua apa yang tengah berkecamuk dalam fikiran rasa ringan je...

      Delete
  3. Replies
    1. Sila, sila ST....Yani ni kalau tak dipaksa diri sendiri, alamatnya memang tunggu kena lecture dengan doktor baru nak taubat kot.... ngeee~

      Delete
  4. mau tak terkejut. tau tau eh kat KL plak dia.. hehe.
    tu yg abang Lan kata takyah la susah2.. nati tggu ja kat opis akak. dah tau situ kan.. nati kita gerak sesama. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...memang pun nak suprisekan KekDa...kih kih kih. Gigih stop kereta kat parking belakang pastu kuar snap gambar, nasib tak de org perasan. Ok, inshaAllah....kalau kena timing, Yani ikut je suggestion KekDa tu...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)