11 November 2014

Resepi Ayam Percik Madu Dan Kuah Percik Ala Kelantan

11 November 2014.

Ni lauk bekal makan tengahari aku suami isteri semalam. Ahad malam gigih memerap ayam dengan bahan perapan selama 1 jam setengah, aku ikut resepi ayam percik/ panggang madu oleh CikLaili. Bila google resepi kuah percik pasar malam, tengok macam tak cukup 1 bahan; lengkuas. So aku cuba cari resepi kuah ayam percik yang mudah, terjumpa resepi kuah ayam percik ala kelantan oleh Azie Kitchen.

Time ni lah baru berguna pemanggang ajaib aku ni! Dua tiga menjak adik bongsu pulangkan pemanggang ajaib ni kat rumah, bila nak ke dapur je, mesti mata terpandang kotak pemanggang ajaib bawah meja. Hati dok bercakap....bilalah nak pakai benda alah ni?


Resepi Ayam Percik/ Panggang Madu 
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
3 ketul ayam (bahagian dada -  aku belah dua)
2-3 sudu besar bawang putih blend
1 1/2 sudu besar halia blend
4 sudu besar madu
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
- Sediakan bahan perapan dengan memasukkan bawang putih, halia, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata semua bahan.
- Kemudian sapukan bahan perapan pada ayam.
- Perap ayam selama 2 jam (aku tak kuasa nak tunggu lama, aku perap 1 jam setengah jer..hehe).
- Masak ayam menggunakan pemanggang ajaib, masa diambil hanya 15 - 20 minit sehingga masak. Kena rajin balik-balikkan ayam sebab bila guna pemanggang ajaib, ayam cepat masak garing.


Resepi Kuah Ayam Percik Ala Kelantan

Bahan Kuah:
3/4 - 1 kotak santan pekat
2-3 sudu besar bawang merah blend
1 1/2 sudu besar halia blend
1 batang serai - dikisar halus
2-3 sudu besar cili blend - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1-2 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara-caranya :
- Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. 
- Masak sehingga kuah pekat. 
- Masukkan garam dan gula. 
- Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


P/s: Sepatutnya kuah ayam percik ala kelantan ni kena manis sedikit tapi memandangkan ayam percik aku dah salut madu, being tekak orang Melaka yang sukakan masakan pedas-pedas, aku counterback kuah ayam percik supaya lebih pedas dengan tambahkan cili blend.

2 comments:

  1. Replies
    1. Bila yang 1st trial berjaya, biasanya bakal ada resepi guna pemanggang ajaib selepas ini...hahahha....kalau tak berjaya, memang simpan terus venda alah tu bawah meja untuk tempoh masa yg lama...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)